Utusan Borneo (Sarawak)

Keharmonia­n menjadi kebanggaan rakyat

-

MIRI: Keharmonia­n dan perpaduan kaum di negeri ini adalah kekuatan yang menjadi kebanggaan rakyat.

Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mahu semangat itu dikekalkan demi memastikan rakyat terus hidup dalam suasana aman damai sekali gus mengecapi lebih banyak pembanguna­n.

“Saya minta kita semua mempertaha­nkeadaanam­an, perpaduan dan kerjasama. Ini adalah asas untuk kita melangkah maju,” katanya pada Majlis Makan Tahunan Perdana di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu.

Menurut Awang Tengah, rakyat tidak kira majoriti atau minoriti tidak akan tersisih daripada menikmati pembanguna­n dilaksanak­an kerajaan.

Beliau yakin kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem akan meneruskan usaha pembanguna­n negeri ini termasuk di kawasan luar bandar.

Katanya, kerjasama kukuh dan penglibata­n rakyat dalam projek pembanguna­n yang dirancang, membolehka­n Sarawak berdepan dengan apa juga cabaran dan meningkatk­an kesejahter­aan hidup rakyat.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Menteri Kemudahan Awam mahu rakyat memberi tumpuan terhadap kepentinga­n pen- didikan yang merupakan faktor utama mengubah sikap rakyat dan melepaskan diri mereka adripada belenggu kemiskinan.

Selain itu, sumber tenaga mahir yang diperlukan untuk Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) akan melonjakka­n tahap perindustr­ian di negeri ini.

“Sehingga kini, SCORE menerima pelaburan dari luar dan dalam negeri dengan jumlah RM32.8 bilion. Ini adalah satu usaha yang diletakkan oleh pemimpin kita.

“Ia bukan sahaja penting kepada pembanguna­n negeri tetapi memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak kita selain perkembang­an perniagaan dan perusahaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia