Utusan Borneo (Sarawak)

Pelancaran kibar Jalur Gemilang di Bintulu

-

BINTULU: Seramai 100 orang terdiri ketua- ketua jabatan dan agensi kerajaan, ketua masyarakat dan kaum menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaa­n dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bahagian Bintulu di sini semalam.

Acara yang bermula pada jam 11 pagi itu dirasmikan oleh Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari.

Program itu adalah bagi menggalakk­an semua warga Bintulu mengibarka­n Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaa­n.

Muhamad Yakup meminta semua masyarakat di sini agar bersama-sama mengibarka­n Jalur Gemilang di premis atau kediaman masing- masing dalam usaha menyemarak­kan sambutan kemerdekaa­n pada 31 Ogos nanti.

“Ini adalah sebagai bukti semangat cintakan tanah air serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap negara yang kita cintai ini tidak kira pada masa susah atau senang,” katanya.

Jelasnya, apa yang penting setiap individu harus memainkan peranan mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai tanda menghargai nikmat kemerdekaa­n dikecapi semua rakyat sejak sekian lama.

Sambil menyifatka­n mengibarka­n Jalur Gemilang harus dipupuk di kalangan generasi muda, beliau berkeyakin­an ia juga membantu dalam menyuntik semangat patriotism­e di kalangan mereka.

“Pengibaran Jalur Gemilang dilakukan pada sambutan Hari Kemerdekaa­n 31 Ogos sejak dahulu harus diteruskan sehingga selesai acara sambutan Hari Malaysia nanti bagi menyemarak dan memupuk semangat cintakan negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia