Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli SPDP diminta kekal semangat perpaduan

Mereka harus berkhidmat dengan letak kepentinga­n semua lebihi kepentinga­n peribadi

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Ahli Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) diminta sentiasa mengekalka­n semangat perpaduan dan berkhidmat dengan meletakkan kepentinga­n semua melebihi kepentinga­n peribadi.

Pemangku Presidenny­a Datuk Seri Tiong King Sing berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalka­n prinsip yang jelas dengan tidak pilih kasih atau berat sebelah demi memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

“Oleh itu, pentingnya mengekalka­n semangat perpaduan dan bersatu dalam parti yang dianggotai ahli-ahli pelbagai kaum.

“Selain itu, kita hendaklah berkhidmat demi kepentinga­n semua bagi mempertaha­n kepentinga­n parti.

“Apa yang berlaku dalam parti adalah disebabkan pucuk pimpinan.

“Ahli parti harus kekal bersatu setelah berlakunya pergolakan dan konflik dalam parti.

“Seperti hari ini, kita bersatu demi pembanguna­n parti

Oleh itu, pentingnya mengekalka­n semangat perpaduan dan bersatu dalam parti yang dianggotai ahli-ahli pelbagai

” kaum. Datuk Seri Tiong King Sing Pemangku Presidenny­a

untuk rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bintulu pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Ahli-ahli SPDP Wilayah Tengah di sini kelmarin (Ahad).

Seramai 2,000 ahli daripada sembilan bahagian SPDP iaitu Repok, Meradong, Pakan, Meluan, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan dan Nangka hadir pada majlis tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh menegaskan bahawa SPDP masih kekal relevan meskipun berdepan dengan konflik yang melanda parti berikutan peningkata­n keahlian baharu ketika melakukan jerayawara di seluruh negeri.

“Ramai yang memohon untuk menjadi ahli SPDP. Ini membuktika­n SPDP masih kekal relevan.

“Apa yang penting ahli SPDP harus sentiasa bersatu dalam parti dan kekal bersama BN,” katanya.

Pengerusi pengelola Teo Boon Siew dalam ucapan aluannya memohon jawatan ketua masyarakat di wilayah tengah turut diberikan kepada SPDP supaya ahli SPDP dapat memberi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat.

Pada majlis yang sama, Tiong menerima borang keahlian baharu seramai 387 ahli dari Bahagian Dudong, Nangka, Bukit Assek, Bawang Assan, Pelawan serta 265 ahli baharu dari Meradong.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Agung SPDP Paul Igai, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Tan Sri Peter Chin, Setiausaha Agung SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian dan pengerusi pengelola bersama Datuk Lau Cheng Kiong.

 ??  ?? AHLI BAHARU: Tiong (lima kiri) menerima borang keahlian baharu daripada Lau (tujuh kanan). Turut kelihatan Anthony (enam kanan), Teo (empat kanan) serta yang lain.
AHLI BAHARU: Tiong (lima kiri) menerima borang keahlian baharu daripada Lau (tujuh kanan). Turut kelihatan Anthony (enam kanan), Teo (empat kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia