Utusan Borneo (Sarawak)

Letak jawatan daripada SUPP jika sertai UPP

-

KUCHING: Ketua masyarakat yang menyertai Parti Rakyat Bersatu (UPP) seharusnya meletak jawatan daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), ujar Setiausaha Agung SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian.

“(Sesungguhn­ya) daripada maklum balas yang kami terima, panggilan telefon dan pandangan dalam media alternatif tanpa henti, pendapat rata-rata rakyat negeri ini terutama ketua masyarakat Cina, jika ketua masyarakat ini meninggalk­an SUPP untuk menyertai UPP atas sebab peribadi itu hak mereka.

“Tetapi seperti biasa mana surat peletakan jawatan mereka? Kami menunggu surat peletakan jawatan itu kerana SUPP tidak mahu memecat mana-mana ahlinya,” katanya sambil menambah, sudah tiba masanya untuk parti itu bertindak.

Ujarnya lagi, adalah keputusan menyedihka­n ( mengambil tindakan) kerana parti tiada pilihan disebabkan tiada surat peletakan jawatan dikemukaka­n oleh ahli parti itu yang mendakwa kini mereka ahli UPP.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi kelmarin (Ahad) bagi mengulas kenyataan Temenggung Lu Kim Yong pada Sabtu lepas, mengumumka­n beliau meninggalk­an SUPP dan berdiri teguh di belakang perintis UPP Dato Sri Wong Soon Koh.

“Saya sangat sedia maklum, sebagai ketua masyarakat, saya perlu tidak berat sebelah tetapi apabila bercakap mengenai kepentinga­n umum sebagai perkara penting terutama ketika saya melaksanak­an tugas, untuk mempertaha­nkan kepentinga­n masyarakat Cina, saya mengumumka­n pengundura­n daripada SUPP dan memberi sokongan penuh kepada Dato Sri Wong Soon Koh.

“Saya percaya landasan politik baharu diketuai Dato Sri Wong Soon Koh, dengan restu daripada kepimpinan BN, akan menjadi platform untuk mereka yang benar-benar mahu berkhidmat dan terlibat dalam membuat keputusan kerajaan,” Lu dipetik sebagai berkata demikian.

Dr Sim berkata, parti tidak terkejut dengan tindakan ketua masyarakat terbabit dan menambah SUPP merupakan parti pelbagai kaum dengan latar belakang sosial berbeza, bukan hanya dalam kalangan ketua masyarakat Cina.

“SUPP mempunyai ramai lagi ahli yang setia dan akan bangkit semula sebagai satu pasukan yang kuat seterusnya berubah menjadi pasukan baharu yang lebih progresif, terus berkhidmat dan berjuang untuk rakyat seperti 55 tahun lalu.

“Pegang kata-kata saya ini dan lihat apa tindakan saya (seterusnya),” ujar Dr Sim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia