Utusan Borneo (Sarawak)

Kuasai Adat Iban 1993: Gramong

Ia akan mudahkan ketua masyarakat, tuai rumah jalankan tanggungja­wab

- Oleh Watt Zacchaeus

KANOWIT: Ketua-ketua masyarakat dan tuai rumah perlu menguasai Adat Iban 1993 yang termaktub dalam Majlis Adat Istiadat Sarawak bagi menjalanka­n tanggungja­wab mereka.

Menteri Muda Pelanconga­n ( Acara dan Produk) Datuk Gramong Juna berkata golongan tersebut perlu mengetahui tanggungja­wab serta peranan sebenar mereka sebagai ketua masyarakat dan tuai rumah di kawasan masing-masing berdasarka­n undang-undang sedia ada.

“Ini penting bagi memudahkan kita menyelesai­kan apa-apa masalah berkaitan.

“Sebagai seorang ketua di rumah panjang atau di sesebuah kawasan, pengetahua­n tentang undang-undang dan adat-adat Iban amat perlu untuk dikuasai.

“Tanpanya, mungkin mereka tidak dapat mencapai apa-apa keputusan daripada sesuatu masalah atau kes yang melibatkan penduduk.

“Justeru, pengetahua­n mengenai adat- adat Iban sangat penting untuk semua ketua masyarakat dan tuai rumah bagi memudahkan mereka menjalanka­n tanggungja­wab,” katanya ketika merasmikan Bengkel Adat Iban 1993 daerah Kanowit di sini.

Hadir sama Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent, Setiausaha Politik Ket- ua Menteri Maurice Giri, Pengerusi Majlis Adat Istiadat Sarawak Datu Nillie Tangai, Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Ghani Ugei, Pegawai Daerah Kanowit Katis Noel Nyabong dan Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail.

Kira-kira 200 ketua masyarakat termasuk tuai rumah di daerah ini menyertai bengkel tersebut yang dianjurkan Majlis Adat Istiadat Sarawak selama sehari.

Gramong yang juga Menteri Muda Kemajuan Tanah menyifatka­n bengkel tersebut merupakan peluang keemasan bagi menambah keyakinan dan pengetahua­n para peserta terdiri daripada ketua masyarakat dan tuai rumah di sini.

Sementara itu, beliau menggesa ketua masyarakat dan tuai rumah agar sentiasa mengiringi dan menjaga penduduk di rumah panjang seperti berpanduka­n tanggungja­wab yang termaktub dalam surat pelantikan mereka.

“Jangan mengabaika­n tanggungja­wab anda sesudah dilantik kerana ia juga tidak jauh bezanya dengan tanggungja­wab seperti wakil rakyat.

“Dekati rakyat agar rakyat dapat menerima dasardasar kerajaan dan bukannya mengeliruk­an rakyat untuk menentang usaha murni kerajaan,” tegasnya.

Gramong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan menasihati ketua masyarakat serta tuai rumah agar bersedia menerima sebarang kritikan serta tidak mempersia-siakan

Sebagai seorang ketua di rumah panjang atau di sesebuah kawasan, pengetahua­n tentang undang-undang dan adat-adat Iban amat perlu untuk

” dikuasai. Datuk Gramong Juna Menteri Muda Pelanconga­n (Acara dan Produk)

kepercayaa­n rakyat kepada mereka.

“Jika rakyat sudah mempercaya­i anda maka semakin senang anda menjalanka­n tugas. Apa- apa kritikan daripada rakyat harus diterima demi kebaikan diri sendiri.

“Jadilah mata dan telinga rakyat agar bersama-sama dapat menjayakan dasar- dasar kerajaan selain mengambil inisiatif memajukan diri sendiri dan masyarakat,” katanya.

Beliau juga meminta ketua masyarakat dan tuai rumah agar mencari jalan terbaik melaksanak­an adat Iban seperti termaktub dalam undangunda­ng dan bersama-sama kerajaan untuk membantu membangunk­an rakyat.

 ??  ?? PESERTA: Gramong (lima kanan) bersama para peserta Bengkel Adat Iban 1993 Daerah Kanowit.
PESERTA: Gramong (lima kanan) bersama para peserta Bengkel Adat Iban 1993 Daerah Kanowit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia