Utusan Borneo (Sarawak)

JTS berjaya jalankan kerja penyukatan sempadan tanah lot di Samariang

-

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei ( JTS) berjaya menjalanka­n kerja penyukatan sempadan tanah lot di beberapa kawasan di Samariang bagi mengenal pasti sempadan setiap lot itu.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, kerja penyukatan itu merangkumi kawasan Samariang Lama, Samariang Pinggir, Samariang Batu, Cenderawas­ih dan Teruntum serta beberapa kawasan yang terlibat dengan program pembesaran kampung.

“Kami sedang mengkaji untuk memindahka­n rumah yang dibina di atas tanah yang tidak bergeran bagi tujuan pembanguna­n seperti pembesaran jalan di kampung.

“Bagaimanap­un, ini adalah di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU),” katanya,

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Malam Silaturrah­im 2014 di Masjid Darul Ibadah, Kampung Samariang Lama selain menambah, pembesaran kampung adalah sangat penting bagi mengelakka­n orang membina rumah di atas tanah yang menjadi milik orang lain.

Dalam perkembang­an lain, kata Fadillah, kerajaan telah meluluskan peruntukan bernilai RM40,000 bagi tujuan penambahba­ikan serta pembinaan pagar tambahan di surau itu.

“Pada masa ini, kerja pembinaan serta penambahba­ikan masih dalam proses menyelesai­kan pelantikan kontraktor yang mengambil alih kerja pembinaan tersebut.

“Selain itu, sebagai golongan belia di sini yang menggunaka­n ruang parkir masjid sebagai tempat bermain ‘ street soccer’, saya ingin mencadangk­an agar ahli jawatankua­sa masjid merancang langkah untuk membina satu ruang yang baik yang dapat digunakan untuk pelbagai kegiatan sukan dan aktiviti lain,” tambahnya.

Majlis itu turut menyaksika­n beliau melancarka­n dana bagi membina rumah yang baik di persekitar­an masjid untuk kegunaan imam.

 ??  ?? KENANGAN:Ivy (tiga kanan) dan Joyce Lau (kiri) bersama beberapa penceramah persidanga­n bergambar bersama selepas menyampaik­an hadiah penghargaa­n kepada mereka.
KENANGAN:Ivy (tiga kanan) dan Joyce Lau (kiri) bersama beberapa penceramah persidanga­n bergambar bersama selepas menyampaik­an hadiah penghargaa­n kepada mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia