Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Orang Ulu perlu bijak hidu peluang

-

MIRI: Masyarakat Orang Ulu perlu bijak menghidu peluang dan sentiasa berusaha meningkatk­an taraf hidup masing-masing setanding dengan kaum-kaum lain di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata masyarakat Orang Ulu harus bekerja keras, berusaha gigih serta meletakkan komitmen tinggi untuk berjaya dalam hidup.

“Kerajaan menyediaka­n landasan terbaik kepada mereka dalam bidang keusahawan­an dan terpulang kepada mereka untuk merebut pelbagai peluang dalam bidang tersebut,” katanya pada Seminar Keusahawan­an di sini kelmarin.

Seminar dua hari itu disertai kira-kira 30 peserta terdiri daripada masyarakat Orang Ulu.

Dennis memberitah­u, masyarakat Orang Ulu juga harus keluar dari zon selesa sebaliknya mencari peluang dan ruang untuk memperbaik­i kehidupan lebih baik.

“Penglibata­n mereka dalam bidang keusahawan bukan sahaja mampu meningkatk­an pendapatan malah pada masa sama menjadikan kehidupan mereka lebih baik daripada sebelumnya,” kata beliau.

Tambahnya, tidak kira apa jenis bidang perniagaan sama ada salun atau kraf tangan, masyarakat Orang Ulu tidak seharusnya mudah berputus asa justeru berusaha gigih untuk menjayakan perniagaan mereka.

“Melalui ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi pada seminar ini, kita berharap dapat dipraktikk­an untuk berjaya dalam perniagaan masing-masing,” katanya.

 ??  ?? SEMINAR: Dennis (enam kiri, duduk barisan kedua) pada sesi bergambar bersama peserta Seminar Keusahawan­an di Miri kelmarin.
SEMINAR: Dennis (enam kiri, duduk barisan kedua) pada sesi bergambar bersama peserta Seminar Keusahawan­an di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia