Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Makan Malam Gala penutupan IWC Ke-3 2014

-

KUCHING: Majlis Makan Malam Gala menjadi penutupan Persidanga­n Wanita Antarabang­sa (IWC) Ke-3 2014 kelmarin di Dewan Imperial, Crown Square di sini.

Persidanga­n yang berlangsun­g pada 15 dan 16 Ogos sebelum ini diadakan di Trinity Methodist Church dihadiri lebih kurang 400 golongan dewasa termasuk belia dan kanak-kanak.

Dengan bertemakan ‘Building Healthy Family’, misi persidanga­n tersebut adalah untuk menguatkan perhubunga­n kekeluarga­an di kalangan mereka yang beriman.

Ia turut menjadi platform bagi insitusi kekeluarga­an di rantau ini berkongsi, membina, menyokong dan mendorong antara satu sama lain.

Penceramah jemputan antarabang­sa yang dijemput adalah Pastor Kim Jones dan Teresa Tay dari Australia, Nicholas Choo dan Ann Lui dari Singapura serta Matthew Ling dari Kuching.

Tajuk yang dibincangk­an adalah bagaimana untuk menggalakk­an ahli keluarga berdoa, mencari kepuasan kerohanian dan membina persekitar­an rumah yang sihat.

Penyanyi Injil dari Taiwan, Donna Chiu turut membuat penampilan dan bercakap tentang kehidupan dan kerja beliau sebagai seorang pen- yanyi, bagaimana dia berhenti selepas kematian ayahnya dan kembali 10 tahun kemudian untuk mengeluark­an album pertama Kristian.

Mereka yang menghadiri majlis makan malam itu juga telah dihiburkan oleh kanakkanak daripada Pusat Jagaan Kanak-Kanak D’Wira.

Penganjur turut menyampaik­an sumbangan untuk membantu tiga persatuan iaitu Destiny for Children Associatio­n (Sibu), Pusat Jagaan Kanak-Kanak D’Wira, dan Light Up Penan Project.

Turut hadir Pengerusi Women’s Joy Fellowship Datin Sri Ivy Lau dan Pengurus Acara Joyce Lau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia