Utusan Borneo (Sarawak)

Ubah cara hidup, amal aktiviti kecergasan

Kurangkan kebimbanga­n terhadap peningkata­n kadar obesiti 30 peratus seluruh negara

-

KUCHING: Rakyat Sarawak harus mengubah cara hidup dengan mengamalka­n aktiviti kecergasan agar menjadi sihat sekali gus mengurangk­an kebimbanga­n terhadap peningkata­n kadar obesiti 30 peratus di seluruh negara.

Justeru, Menteri Muda Pembanguna­n Masyarakat Datuk Peter Nansian Ngusie menyifatka­n amalan mencegah penyakit menerusi gaya hidup aktif dan sihat adalah lebih baik daripada mengubati penyakit.

“Kadar obesiti di seluruh negara telah meningkat

Kadar obesiti di seluruh negara telah meningkat kepada 30 peratus, ini bermakna seorang daripada tiga orang

” adalah mengalami obesiti. Datuk Peter Nansian Ngusie Menteri Muda Pembanguna­n Masyarakat

kepada 30 peratus, ini bermakna seorang daripada tiga orang adalah mengalami obesiti,” katanya pada majlis Pertunjuka­n Seni Mempertaha­nkan Diri sempena Pesta Kuching di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat negeri ini bersama-sama mengurangk­an obesiti dalam masyarakat dengan mengamalka­n pemakanan sihat serta mengurangk­an pengambila­n garam, gula dan minyak.

Dalam pada itu, Nansian turut menggalakk­an orang ramai mengambil bahagian dalam seni mempertaha­nkan diri kerana ia mempunyai manfaat yang banyak, selain menjadi lebih cergas.

Bagaimanap­un, beliau turut mengingatk­an pengamal seni mempertaha­nkan diri agar tidak menyalahgu­nakan kemahiran untuk bergaduh dengan orang.

Terdahulu, pengerusi penganjur Kaunselor Wan Mahmud Wan Abdullah berkata pertunjuka­n seni mempertaha­nkan diri itu adalah salah satu daripada tarikan sempena Pesta Kuching, di mana ia telah menarik kehadiran lebih 1,000 penonton.

Selain itu, katanya bilangan kontinjen terlibat juga telah meningkat daripada tujuh kepada sembilan pada tahun ini.

Ia terdiri daripada Sarawak Taiji Qigong Sibashi, Persatuan Kabaddi Sarawak, Aikido Iwama Ryu, Persatuan Silambam Sarawak, Persatuan Muaythai Kuching, Persekutua­n Wushu Sarawak, Persatuan Taekwondo Sarawak, Rumpun Silat Sarawak dan Seni Mempertaha­nkan Diri dan Tentera Darat, Markas Pemerintah­an Wilayah Timur.

Turut hadir Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan.

 ??  ?? RASMI: Nansian (kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian pertunjuka­n seni mempertaha­nkan diri sempena Pesta Kuching. Turut kelihatan Chan (tiga kanan) dan Wan Mahmud (kanan).
RASMI: Nansian (kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian pertunjuka­n seni mempertaha­nkan diri sempena Pesta Kuching. Turut kelihatan Chan (tiga kanan) dan Wan Mahmud (kanan).
 ??  ?? PERSEDIAAN: Jawatankua­sa penganjur bermesyuar­at sebagai persiapan menyambut bulan kemerdekaa­n di Sarikei.
PERSEDIAAN: Jawatankua­sa penganjur bermesyuar­at sebagai persiapan menyambut bulan kemerdekaa­n di Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia