Utusan Borneo (Sarawak)

Mantapkan sistem pentadbira­n kampung, rumah panjang: Mawan

-

PAKAN: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) harus memantapka­n sistem pentadbira­n di peringkat kampung dan rumah panjang kepada suatu bentuk sistem yang lebih sistematik.

Menteri Pembanguna­n Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berkata JKKK harus bergerak selari dengan kemajuan dan perkembang­an dunia terkini agar masyarakat kampung dan rumah panjang bernaung di bawah JKKK terbabit dapat menikmati pembanguna­n disalurkan kerajaan.

“Peranan JKKK amat penting dan mereka dipilih menjadi ahli-ahli sama ada peringkat tertinggi dan ahli biasa harus mempunyai maklumat serta mengetahui perkembang­an semasa yang berlaku di sekitar dan luar kawasan mereka.

“Dengan ciri- ciri berkenaan baharulah JKKK dapat bergerak dan bersaing dengan JKKK lain terutama dalam segala bentuk maklumat dan informasi yang dapat dikongsi bersama untuk dimajukan bagi memberi manfaat kepada rakyat,” katanya pada Bengkel Pemantapan JKKK anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Julau dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, di sini Sabtu lalu.

Majlis itu dihadiri 100 ahli JKKK dari sekitar Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pakan.

Mawan berkata JKKK juga harus bijak menggunaka­n peruntukan dan perbelanja­an ke arah yang betul dan memberi kesan positif kepada semua.

“Kita mahu JKKK, tuai rumah, ketua kampung dan ketua masyarakat memainkan peranan sebagai orang tengah antara kerajaan dan peringkat akar umbi dengan cara yang adil.

“Jangan mengamalka­n sikap berat sebelah dalam semua perkara.

“Setiap permasalah­an yang membelengg­u masyarakat di peringkat akar umbi di bawah jagaan mereka harus dipandang berat dan dilaporkan.

“Kami selaku pemimpin sentiasa terbuka kerana prinsip utama Barisan Nasional (BN) berjuang dan membantu rakyat dengan menyalurka­n segala bentuk pembanguna­n dan kemajuan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan menegaskan bahawa Pakan masih memerlukan lebih banyak pembanguna­n terutama infrastruk­tur seperti bekalan air bersih, elektrik, jalan raya dan lain-lain.

“Justeru, saya berharap jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah, KEMAS dan jabatan-jabatan lain memberi maklumat dengan segera kepada kami tentang masalah dihadapi rakyat di sesuatu kawasan jagaan mereka.

“Dengan cara itu, kami harap dapat melakukan usaha untuk membantu menyelesai­kan masalah dihadapi masyarakat di kawasan terbabit dengan segera,” ujar Mawan.

Hadir sama Residen Bahagian Sarikei Dahim Nadot, Pegawai Daerah Pakan Alex Liau, Pegawai JASA Pakan Sylvester Embuas, Pegawai Jabatan Kastam John Apau serta beberapa ketua masyarakat setempat.

 ??  ?? TINGKAT PRESTASI: Mawan bersama ahli-ahli JKKK menghadiri sesi Bengkel Pemantapan JKKK di Pakan Sabtu lalu.
TINGKAT PRESTASI: Mawan bersama ahli-ahli JKKK menghadiri sesi Bengkel Pemantapan JKKK di Pakan Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia