Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan lulus RM260,000 bina jambatan gantung Batang Undop

-

SRI AMAN: Kerajaan Barisan Nasional ( BN) meluluskan peruntukan berjumlah RM260,000 untuk membina jambatan gantung sepanjang 200 meter menyeberan­gi Batang Undop di sini.

Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis, berkata pembinaan jambatan gantung merentasi Sungai Batang Undop itu memberi kemudahan kepada lima rumah panjang di kawasan Kampung Empadi, Undop.

Menurutnya, kerja-kerja membina jambatan itu dijangka bermula penghujung bulan ini dan mengambil masa kira- kira beberapa bulan siap.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Simanggang berkata, dengan siapnya jambatan itu bukan sahaja memudahkan penduduk lima rumah panjang terbabit ke kebun seberang malah memberi kemudahan kepada penduduk membawa hasil tanaman mereka ke pekan terdekat.

Justeru, Harden berharap rakyat di sini tidak terkeliru dengan projek-projek disalurkan kerajaan BN kerana setiap projek adalah bukannya daripada pembangkan­g.

“Pembangkan­g tidak mampu membawa pembanguna­n kepada rakyat di negeri ini dan setiap projek yang dilaksanak­an adalah projek BN bukannya projek pembangkan­g (DAP),” katanya pada Majlis Pecah Tanah Jambatan Gantung Sungai Batang Undop, Kampung Empadi Undop di sini petang Sabtu lalu.

Harden harap pembangkan­g tidak menganggap projek BN itu projek mereka kerana setiap projek yang dilihat rakyat adalah projek kerajaan BN.

Hadir sama Pegawai Khas Ahli Parlimen Sri Aman Edmund Pirang, Penghulu Michael John Sanggop serta tuai-tuai rumah.

 ??  ?? PECAH TANAH: Harden (tengah), Edmund (kiri), Michael (kanan) bersama tuai-tuai rumah pada Majlis Pecah Tanah Jambatan Gantung di Kampung Empadi Undop Sabtu lalu.
PECAH TANAH: Harden (tengah), Edmund (kiri), Michael (kanan) bersama tuai-tuai rumah pada Majlis Pecah Tanah Jambatan Gantung di Kampung Empadi Undop Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia