Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Indonesia kini hidup dengan tahap ekonomi jauh lebih baik

-

KUCHING: Rakyat Republik Indonesia (RI) selepas 69 tahun mengecapi kemerdekaa­n kini hidup dengan tahap ekonomi jauh lebih baik berbanding beberapa tahun lepas.

Menurut Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Djoko Hardjanto, dari bangsa yang seluruh pendudukny­a miskin pada 1945, Indonesia kini mempunyai kelas menengah terbesar di Asia Tenggara dan salah satu negara dengan pertumbuha­n kelas menengah yang tercepat di Asia.

“Daripada bangsanya yang terkebelak­ang di Asia, Indonesia telah naik menjadi negara berpendapa­tan sederhana dengan kedudukan ke-16 antara negara-negara ekonomi terbesar di dunia.

“Bahkan menurut Bank Dunia, RI telah memasuki dalam 10 negara besar ekonomi dunia mengikut pariti kuasa beli.

“RI yang dulu bangsa yang kerap jatuh bangun disebabkan ketidaksta­bilan politik dan ekonomi kini berbangga menjadi negara demokrasi ketiga terbesar di dunia,” kata Djoko sewaktu membacakan perutusan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sewaktu Upacara Peringatan Detik- Detik Proklamasi Kemerdekaa­n Republik Indonesia Ke-69, kelmarin.

Tambah beliau, bangsa Indonesia tidak boleh berpuas hati dan menepuk dada kerana perjalanan negara itu masih jauh dan pengalaman lalu mengajar bangsanya untuk berusaha lebih keras lagi.

Indonesia kini berjaya menjaga kestabilan dan makro-ekonomi negaranya dengan baik walaupun dilanda masalah pada 2008.

RI juga telah mencatat pertumbuha­n ekonomi tertinggi iaitu pada 2009 hingga 2013 kepada 5.9 peratus yang mana jauh daripada pertumbuha­n ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah di dalam skala waktu yang sama.

Pada awal 2014, RI mengalami kemerosota­n sebanyak 5.2 peratus namun di kalangan negara G 20, RI masih berada di posisi tertinggi bagi pertumbuha­n ekonomi dunia.

Hutang negara kepada PDB pada 1998 adalah 85 peratus dan akhirnya berjaya diturunkan kepada 23 peratus berbanding Jepun 227.2 peratus, AS (101.5 peratus) atau Jerman (78.4 peratus).

RI juga berjaya melunaskan hutangnya kepada IMF empat tahun lebih awal daripada jadual persepakat­an.

RI menghargai pertolonga­n negara jiran yang banyak membantu dalam memulihkan kedudukan negara itu dalam ekonomi dunia.

Hari ini, anggaran pembanguna­n di RI mencatat Rp 1.842,5 trilion dan cadangan devisa mencapai AS$ 110.5 juta.

Jumlah dagangan dalam 10 tahun terakhir RI mencapai AS$ 400 juta walaupun kebelakang­an ini mengalami penurunan nilai eksport.

Pendapatan perkapita rakyat RI dalam tempoh Sembilan tahun ini telah mencapai Rp10.5 juta pada 2004 meningkat kepada Rp36.6 juta pada 2013.

Katanya, walaupun negara mengalami krisis ekonomi namun beliau bersyukur kerana tidak ramai bangsa di dunia yang mampu melakukann­ya.

Beliau turut meluahkan simpati kepada mangsa dan keluarga pesawat MH370 dan MH17 dan berharap agar ahli keluarga tabah menghadapi­nya.

Jamuan ringan dan persembaha­n ringkas turut diadakan di ruang legar pejabat KJRI di Kuching semalam yang dibanjiri warganya yang tinggal di kawasan berdekatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia