Utusan Borneo (Sarawak)

Bulan Kemerdekaa­n dirai meriah di Sarikei

-

SARIKEI: Bulan Kemerdekaa­n disambut meriah pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar bahagian ini.

Sehubungan itu, pelbagai program turut disusun bagi menyemarak­kan semangat patriotik penduduk.

Tidak ketinggala­n, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Susur Jambu Timur di sini.

Pengerusin­ya Baharin Madon berkata penganjur menyediaka­n sekurang-kurangnya lima aktiviti menarik.

Katanya program itu ialah penyampaia­n sagu hati untuk bayi merdeka yang lahir pada 31 Ogos, kayuhan merdeka, Pertanding­an Menghias Rumah dengan Bendera dan Menu Sihat Merdeka.

“Kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun dipelawa menyertai Pertanding­an Menghias Basikal Dengan Jalur Gemilang.

“Pada masa sama, kami turut merancang mengadakan Pertanding­an Takbir sempena Hari Raya Korban,” katanya mempengeru­sikan mesyuarat bersama ahli jawatankua­sa penganjur di sini, kelmarin.

Hadir sama Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Sarikei Ahmad Noor Kamal Abdul Malik dan Setiausaha­nya Jafri Ibrahim.

Menurut Bahrin, semua aktiviti itu dijangka melibatkan penyertaan lebih 1,000 penduduk di kawasan KRT berkenaan.

Katanya penganjur kini melakukan persiapan rapi bagi memastikan pelaksanaa­n aktiviti berjalan lancar.

“Kami amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai memeriahka­n program ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia