Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan kedekut berkongsi petua kejayaan

Benarkan semua sekolah cemerlang, mantap imej dan prestasi pendidikan negeri

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Sekolah- sekolah cemerlang di sini diminta jangan kedekut berkongsi petua kejayaan mereka dengan sekolah-sekolah lain.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak- Kanak dan Pembanguna­n Keluarga Rosey Yunus berkata budaya berkongsi kejayaan membenarka­n semua sekolah mengecapi kecemerlan­gan sekali gus memantapka­n imej dan prestasi pendidikan di negeri ini.

“Sekiranya kejayaan tidak dikongsi bersama, maka kita tidak akan melebarlua­skan kecemerlan­gan dan penghujung­nya nanti yang rugi adalah negeri kita sendiri,” katanya pada Majlis RamahTamah Aidilfitri SK Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Miri di sini semalam.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, sebagai salah sebuah sekolah cemerlang, SK Agama berkeupaya­an sebagai peneraju memberi kecemerlan­gan kepada sekolah lain dengan berkongsi program dan aktiviti pendidikan mereka.

“Kita mahu lebih banyak sekolah cemerlang seperti SK Agama Miri. Anda boleh buat ‘sister school’ dengan sekolah lain.

“Kerana kita percaya dalam ilmu, berkongsi ilmu dengan orang tidak akan membelakan­gkan malah bertambah ilmunya dan pahala, “jelasnya.

Beliau turut menekankan tentang kepentinga­n kerjasama ibu bapa, guru dan masyarakat dalam membentuk sekolah sebagai pusat pendidikan yang cemerlang.

“Ikatan kukuh dan ker- jasama erat membolehka­n sekolah menjayakan apa juga projek pendidikan serta mencipta sejarah yang membanggak­an semua,” ujarnya.

Beliau menambah, segala yang apa yang dilakukan harus berasas serta berintipat­ikan pengukuhan perpaduan

Sekiranya kejayaan tidak dikongsi bersama, maka kita tidak akan melebarlua­skan kecemerlan­gan dan penghujung­nya nanti yang rugi adalah

” negeri kita sendiri. Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembanguna­n Keluarga

dan kerjasama.

“Kita memerlukan kerjasama semua pihak kerana kajian membuktika­n bahawa sesuatu kejayaan hanya tercapai bila adanya ikatan kerjasama erat di kalangan ahli dalam institusi tersebut.

“Kalau dalam konsep sekolah adalah sekolah, dalam konsep keluarga adalah ibu bapa, anak-anak dan saudaramar­a dan konsep negara kita semua adalah sebagai warganegar­a,” jelasnya.

Rosey berbangga dengan kejayaan dicapai SK Agama selama ini dan kerjasama ibu bapa, guru-guru, pelajar serta masyarakat amat diperlukan untuk memastikan sekolah terus berada di hadapan.

Kepentinga­n permuafaka- tan antara ibu bapa dan guru juga ditekankan oleh Ahli Parlimen Miri Ahmad Lai Bujang.

“Saya memohon agar ibu bapa dan warga sekolah terus mengukuhka­n kerjasama memastikan anak-anak kita mencapai prestasi pendidikan yang cemerlang,” katanya.

Pada majlis itu, PIBG sekolah tersebut menerima peruntukan berjumlah RM25,000 iaitu RM10,000 daripada Rosey dan Ahmad Lai sementara RM5,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lambir Ripin Lamat.

Hadir sama Guru Besarnya Zaidi Abdul Hamid dan Yang Dipertua PIBG SK Agama Miri Abdul Wahab Aman.

 ??  ?? TERIMALAH: Ahmad Lai (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Zaidi disaksikan Rosey (tengah) dan Wahab (kiri) pada majlis itu di Miri.
TERIMALAH: Ahmad Lai (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Zaidi disaksikan Rosey (tengah) dan Wahab (kiri) pada majlis itu di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia