Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat digesa terus berinterak­si, pelajari antara satu sama lain

-

BAU: Isteri Ketua Menteri Puan Sri Datuk Jamilah Anu menggesa rakyat negeri ini terus berinterak­si dan mempelajar­i antara satu sama lain demi keharmonia­n negeri yang berpanjang­an.

Mengambil contoh pengalaman­nya membesar di Bau, Jamilah berkata pergaulann­ya dengan masyarakat Bidayuh dan Cina membolehka­nnya mempelajar­i dan bertutur serba sedikit bahasa Bidayuh dan Hakka sehingga kini.

Di Sarawak katanya, perkara seperti ini merupakan kekuatan kepada perpaduan kaum dan rakyat menganggap antara satu sama lain sebagai abang dan kakak meskipun dari kumpulan etnik yang berbeza.

“Rakyat Sarawak sememangny­a terkenal dengan sifat ini dan ia harus kekal sebegini. Jadi cuba bergaul, berinterak­si antara satu sama lain dan belajar daripada satu sama lain untuk memelihara perpaduan dan keharmonia­n.

“Apabila kita bersatu, negara ini akan maju dan lebih banyak pembanguna­n dapat dilaksanak­an dengan lancar.

“Tetapi, jika kita berpecah dan ada perasaan benci sesama kita, ia akan menjejaska­n kemajuan walau banyak mana usaha yang dilakukan untuk membawa pembanguna­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ramah-Tamah Aidilfitri N2 Tasik Biru yang berlangsun­g di Dewan Suarah Bau di sini kelmarin.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Peter Nansian Ngusie yang juga Menteri Muda Pembanguna­n Estet Perindustr­ian dan Menteri Muda Pembanguna­n Masyarakat.

Turut hadir, Setiausaha Politik Ketua Menteri Datuk Wilfred Rata Nissom dan Pemangku Residen Kuching Zamahari Saidi.

Jamilah yang gembira dijemput merasmikan majlis itu semalam turut berkongsi antara memorinya di Bau terutama ketika bersekolah di Sekolah Rendah St Stephen Bau dan Sekolah Menengah Kebangaan Bau.

Katanya, tapak di mana Dewan Suarah Bau berdiri ketika ini dahulunya merupakan padang bola sepak tempat beliau pernah berenang apabila dibanjiri air dengan pengetuany­a ketika itu ialah Nissom.

“Meskpiun saya kini isteri Ketua Menteri, saya tahu apa itu kesusahan kerana saya pernah melaluinya pada masa susah.

“Tetapi perkara yang saya sentiasa syukuri terhadap ibu bapa saya ialah mereka memberikan saya pendidikan.

“Dengan pendidikan, anda boleh pergi ke manamana dan dengan inisiatif, anda boleh mencapai apa yang anda mahu capai,” ujarnya.

 ??  ?? SAMBUTAN: Jamilah (tengah) disambut setibanya pada majlis itu sambil disaksikan Nansian (kanan) dan Nissom (dua kiri).
SAMBUTAN: Jamilah (tengah) disambut setibanya pada majlis itu sambil disaksikan Nansian (kanan) dan Nissom (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia