Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan mohon peruntukan untuk naik taraf kemudahan, peralatan perubatan

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan memohon peruntukan untuk menaik taraf kemudahan serta peralatan perubatan di hospital- hospital besar negeri ini, dalam Belanjawan 2015.

Selain itu, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata fokus turut diberikan untuk menambah bilangan klinik kesihatan di luar bandar di seluruh negeri.

“Apa yang kami fikirkan sekarang adalah cuba untuk mengejar kemudahan yang kita masih ketinggala­n iaitu dari segi klinik kesihatan luar bandar dan hospital.

“Bagaimanap­un, fokus utama kami adalah untuk meningkatk­an kemudahan serta peralatan perubatan di hospital besar iaitu Hospital Umum Sarawak ( HUS), Hospital Sibu dan Hospital Miri,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan penutupan rasmi Kongres Penjagaan Luka Transborne­o 2014 di sini, kelmarin.

Namun demikian, Dr Jerip tidak dapat menetapkan amaun keseluruha­n yang diperlukan bagi tujuan tersebut.

Jelas beliau, yang pasti ia adalah melibatkan peruntukan yang besar.

“Paling penting ialah menaik taraf peralatan perubatan dan kemudahan dari segi klinik luar bandar serta hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Jerip berkata kerajaan juga sedang dalam usaha membina Hospital Lawas, Hospital Sri Aman dan Hospital Petra Jaya selain klinik-klinik luar bandar di seluruh negeri.

Sementara, beliau berkata ramai penduduk luar bandar negeri ini masih belum menikmati kemudahan penjagaan luka yang ditawarkan.

Sehubungan itu, beliau menyeru Malaysian Society of Wound Care Profession­als (MSWCP) tampil mengagi- hkan produk penjagaan luka yang baik kepada Sarawak.

“Ramai penduduk di luar bandar Sarawak tidak mempunyai akses untuk membersihk­an luka.

“Jika peralatan atau produk penjagaan kesihatan dapat dibekalkan kepada mereka, saya pasti ia adalah sangat bernilai bagi mereka,” katanya.

 ??  ?? LAWAT: Dr Jerip (tengah) melawat gerai pameran yang dibuka sempena Kongres Penjagaan Luka Transborne­o 2014 di Kuching.
LAWAT: Dr Jerip (tengah) melawat gerai pameran yang dibuka sempena Kongres Penjagaan Luka Transborne­o 2014 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia