Utusan Borneo (Sarawak)

Dayang derma RM40,000 kepada empat badan kebajikan, NGO

-

MIRI: Dayang Enterprise Holdings Berhad (Dayang) yang merupakan syarikat berkaitan industri minyak dan gas mendekati golongan yang memerlukan melalui sumbangan wang tunai kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan kebajikan di sini.

Syarikat berkenaan mendermaka­n sejumlah RM40,000 kepada empat badan kebajikan dan NGO iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Miri, Pusat Jagaan Paliatif Miri, Pusat Harapan Methodist dan Jawatankua­sa Lelangit dan Bibir Sumbing.

Setiap badan berkenaan menerima sumbangan RM10,000 yang disampaika­n oleh Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Dayang Enterprise Holdings Berhad James Ling di pejabatnya di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Urusan Dayang Enterprise Holdings Berhad Joe Ling.

James berkata, sumbangan itu merupakan salah satu aktiviti di bawah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) sempena Kempen Keselamata­n Alam Sekitar 2014 bertemakan ‘Vigilance in Safety, Excellence in Quality’ sepanjang bulan lalu.

“Pada kempen tersebut, kami mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertanding­an golf amal, perkhidmat­an mencuci kereta dan jualan tiket kepada syarikat dan kontraktor untuk menonton filem di Golden Screen Cinema.

“Kami gembira kerana dapat mengumpul wang tersebut seterusnya mendermaka­n kepada NGO dan pertubuhan kebajikan yang memerlukan.

“Walaupun jumlahnya agak kecil namun kami harap sekurang- kurangnya dapat membantu mereka,” ujarnya.

Menurut James, beliau memahami pertubuhan kebajikan berkenaan memerlukan bantuan kewangan bagi memastikan mereka dapat berkhidmat kepada masyarakat.

 ??  ?? PRIHATIN: James (kanan) dan Joe Ling (kiri) bersama wakil keempat-empat NGO dan pertubuhan kebajikan yang menerima sumbangan daripada Dayang Enterprise Holdings Berhad di Miri semalam.
PRIHATIN: James (kanan) dan Joe Ling (kiri) bersama wakil keempat-empat NGO dan pertubuhan kebajikan yang menerima sumbangan daripada Dayang Enterprise Holdings Berhad di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia