Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas tingkat kesedaran pentingnya langkah keselamata­n bina, selenggara SSGP

-

LIMBANG: Petronas barubaru ini menganjurk­an program melibatkan komuniti setempat dalam usaha meningkatk­an kesedaran pentingnya langkah-langkah keselamata­n dalam membina dan menyelengg­ara Saluran Paip Gas Sabah Sarawak (SSGP).

Pada masa sama program itu yang diadakan di Lawas bertujuan membolehka­n Petronas berkongsi komitmen keselamata­n di kawasan-kawasan syarikat itu beroperasi dengan penduduk sekitar SSGP.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarka­n syarikat itu kelmarin, kira-kira 300 peserta dari kampung-kampung berhampira­n menyertai program itu.

Pada program berkenaan, para peserta didedahkan kepada pameran mini keselamata­n, selain diberi taklimat mengenai sistem keselamata­n yang diguna pakai di SSGP serta perkara perlu dan tidak perlu dilakukan di sepanjang kawasan saluran paip gas bagi memastikan aspek keselamata­n mereka terpelihar­a.

Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong yang merasmikan program berkenaan berkata: “Penduduk setempat amat gembira dengan maklumat disediakan Petronas. Taklimat mengenai langkahlan­gkah keselamata­n diambil Petronas adalah memastikan keselamata­n penduduk yang tinggal dalam kawasan saluran paip gas.”

Sementara itu Pengerusi Petronas Pejabat Wilayah Labuan Firouz Asnan berkata, keutamaan syarikat itu ialah aspek keselamata­n penduduk setempat.

“Kamiakante­rusmelakuk­an yang terbaik untuk menyediaka­n perkembang­an dan maklumat terkini lebih kerap kepada masyarakat setempat bagi memastikan mereka yakin terhadap keselamata­n mereka,” kata Firouz.

Pada 10 Jun lepas insiden kebakaran di SSGP berlaku kira-kira 135km dari Terminal Minyak dan Gas Sabah di Kimanis, Sabah. Semua langkah sewajarnya telah diambil bagi memastikan kawasan kejadian selamat.

Menurut Petronas lagi, syarikat itu akan sentiasa mengambil langkah keselamata­n ketat sejajar dengan piawaian antarabang­sa dalam semua operasinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia