Utusan Borneo (Sarawak)

Polis yakin warga Pakistan masih berada dalam negara

Dikehendak­i bagi bantu siasatan kes wang mangsa MH370

-

KUALA LUMPUR: Polis yakin seorang lelaki warga Pakistan yang dikehendak­i bagi membantu siasatan kes pengeluara­n wang daripada akaun milik tiga penumpang dan seorang anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, masih berada dalam negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata setakat ini tiada petunjuk yang menyatakan lelaki itu melarikan diri ke luar negara.

“Setakat hari ini (semalam) kita masih berusaha mengesan lelaki itu dan siasatan juga mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam majlis serah terima tugas Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dan ACP Rasdi Ramli.

Rasdi dilantik memegang jawatan sebagai Pemangku Ketua Polis Dang Wangi manakala Zainuddin dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Pada Rabu lepas, pengurusan sebuah bank membuat laporan mengenai berlakunya transaksi akaun milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara yang melibatkan pengeluara­n wang RM110,643 tanpa kebenaran mana-mana pihak.

Siasatan awal polis mendapati daripada jumlah itu, sebanyak RM35,000 dipindahka­n ke akaun kelima menerusi perbankan Internet.

Berikutan itu, polis menahan seorang pegawai bank

Setakat hari ini (semalam) kita masih berusaha mengesan lelaki itu dan siasatan juga mendapati dia tidak mempunyai

” rekod jenayah lampau. Datuk Tajuddin Md Isa Ketua Polis Kuala Lumpur

dan suaminya masing-masing berusia 33 tahun, pada 14 Ogos lepas dipercayai terbabit memindah dan mengeluark­an wang daripada akaun mangsa.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis masih menunggu maklum balas daripada Polis Antarabang­sa (Interpol) di Taiwan bagi mengenal pasti dua lelaki yang dipercayai warganegar­a Taiwan yang sedang diburu polis.

Kedua-dua lelaki itu dikehendak­i bagi membantu siasatan kes kecurian dua bentuk cincin berlian bernilai RM1.5 juta di dua galeri barangan kemas di Starhill, Bukit Bintang baru-baru ini.

“Polis sudah mengenal pasti identiti kedua- dua suspek dipercayai rakyat Taiwan tetapi setakat ini kami belum menerima maklum balas daripada Interpol Taiwan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia