Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki cedera dakwa dipukul PPS P.Pinang

-

GEORGE TOWN: Seorang aktivis sosial mendakwa dipukul sekumpulan lelaki dipercayai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), yang ditubuhkan kerajaan DAP Pulau Pinang, dalam satu majlis makan malam di sebuah tokong Cina di Air Itam di sini malam kelmarin.

Lelaki berusia 51 tahun itu mendakwa tindakan sekumpulan lima lelaki terbabit adalah kerana tidak suka dengan segala kritikanny­a terhadap kerajaan negeri melalui laman sosial Facebook.

Akibat kejadian itu, lelaki yang juga seorang peniaga itu mendakwa mengalami lebam di mata dan sakit di belakang badan.

Berikutan itu, polis menahan dua lelaki berusia 30-an di sini kira-kira 3 petang ini bagi membantu siasatan kes itu, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalath­rash Wahid ketika dihubungi di sini semalam.

Kedua-dua lelaki itu juga mempunyai kesan calar di kepala dan tangan, katanya sambil memberitah­u siasatan lanjut dijalankan bagi mendapatka­n fakta sebenar kejadian itu.

Beliau berkata polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu iaitu daripada lelaki berkenaan dan daripada anggota PPS yang membuat laporan semalam mendakwa dipukul oleh lelaki itu.

Mior Faridalath­rash berkata dalam kejadian jam 10.45 malam itu, peniaga lelaki berkenaan mendakwa diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali menggunaka­n helmet serta ditumbuk dan ditendang.

“Kejadian itu dileraikan oleh orang ramai yang berada di majlis itu dan lima lelaki terbabit melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubung­i balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK BUKTI: Aktivis sosial, Ong Eu Soon memerhatik­an gambar mukanya yang lebam akibat dipukul oleh sekumpulan lelaki berpakaian Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Majlis Makan Malam Tokong Cina, depan Pasar Farlim, Jalan Air Itam di George Town,...
— Gambar Bernama TUNJUK BUKTI: Aktivis sosial, Ong Eu Soon memerhatik­an gambar mukanya yang lebam akibat dipukul oleh sekumpulan lelaki berpakaian Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Majlis Makan Malam Tokong Cina, depan Pasar Farlim, Jalan Air Itam di George Town,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia