Utusan Borneo (Sarawak)

Lima lelaki didenda kerana selewengka­n petrol, diesel

-

JITRA: Seorang pekerja pejabat Pos Thailand merupakan antara lima lelaki yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menyelewen­g petrol dan diesel bersubsidi berjumlah 15,627 liter bernilai kira-kira RM872,545, tahun lepas.

Majistret Rohana Ismail menjatuhka­n hukuman denda antara RM12,000 hingga RM30,000 terhadap kelimalima tertuduh yang mengaku salah terhadap lima kes berasingan.

Warga Thailand itu, Teerasak Kunphakdee, 50, didenda RM20,000 atau lapan bulan penjara kerana menyelewen­g 500 liter petrol yang ditemui di dalam tiga tong plastik dan tangki tambahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 2.50 petang pada 13 Nov tahun lepas.

Tertuduh kedua, seorang penganggur Mohd Dannial Haqqem Mohammad Fadzil, 23, pula didenda RM15,000 atau enam bulan penjara kerana menyelewen­g 300 liter petrol yang ditemui di dalam tangki tambahan kereta jenis Proton Saga di Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 1.05 tengah hari 13 Nov tahun lepas.

Tertuduh ketiga Madzlan Hasan, 40, seorang peniaga ayam didenda RM17,000 atau enam bulan penjara kerana menyelewen­g 300 liter petrol di dalam tangki tambahan kereta jenis Proton Saga di Bukit Kayu Hitam, kira-kira jam 12.30 tengah hari, pada 13 Nov 2013.

Sharin Riszuwan Radzi, 30, seorang pemilik stesen minyak mini tidak berlesen, didenda RM30,000 atau sembilan bulan penjara kerana menyelewen­g 14,377 liter diesel di Jalan Gudang PKNK, Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 12 tengah hari pada 12 Nov 2013.

Tertuduh terakhir, Lo Saow Soong, 33, seorang pemandu lori, pula didenda RM12,000 atau enam bulan penjara kerana menyelewen­g 150 liter petrol melalui tangki tambahan kenderaan jenis Nissan Bluebird di sebuah premis di dekat Lebuhraya Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 1 petang pada 13 Nov tahun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Peraturan 3( 1) Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan secara runcit atau borong minyak petrol tanpa lesen yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Khairul Fikrie Zubaidi sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia