Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda Orang Asli ditemui mati tersangkut di pokok

-

IPOH: Seorang pemuda Orang Asli ditemui mati dalam keadaan tersangkut di sebatang pokok petai di sebuah kebun berhampira­n Taman Sri Emas dekat Kampar di sini kelmarin.

Mayat Johnny Pandak, 29, ditemui tersangkut pada sebatang pokok petai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapa saudaranya pada jam 4 petang.

Bapa mangsa, Pandak Kulop, 50, berkata risau dengan keadaan mangsa yang tidak pulang beberapa jam setelah keluar ke kebun terbabit, abangnya mencari mangsa di kawasan itu sebelum menemui mangsa.

“Setelah mendapat pang- gilan telefon daripada abang saya, saya terus pergi ke tempat kejadian dan mendapati anak saya tersangkut di atas pokok petai. Saya terus menghubung­i pihak polis dan bomba untuk tindakan lanjut,” katanya dalam laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar kelmarin.

Pandak berkata dia tidak mahu mangsa dibedah siasat kerana dia percaya tiada unsur jenayah berlaku.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Kampar Mohd Shahriman Mohd Yusof berkata mangsa terjatuh semasa memanjat pokok itu untuk mengambil petai sebelum tersangkut di dahan pokok pada ketinggian 10 meter.

“Semasa diturunkan dari pokok itu mangsa berada dalam keadaan lemah serta tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital,” katanya.

Beliau berkata jarak tem- pat mangsa ditemui dari jalan masuk dianggarka­n tiga kilometer dan hanya boleh melalui jalan denai.

“Pihak bomba menggunaka­n tali dan pengusung untuk menurunkan mangsa dan membawa mangsa keluar dari tempat kejadian sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia