Utusan Borneo (Sarawak)

WWF seru penglibata­n syarikat pembalakan perkasa pemulihara­an orang utan di Borneo

-

KUCHING: Sebagai penyokong Hari Orang Utan Antarabang­sa, pada hari ini (19 Ogos) World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia dan WWF- Indonesia menyeru syarikat pembalakan serta pemegang-pemegang ada kepentinga­n perniagaan berkaitan untuk memperkasa­kan pemulihara­an orang utan di koridor sepanjang sempadan pulau Borneo.

Ia kerana kegiatan mereka merentasi kawasan perlindung­an haiwan tersebut.

Sebagai satu contoh, Jabatan Perhutanan Sarawak pada tahun 2005 mewujudkan Pelan Tindakan Sepanjang Sempadan Orang Utan ke arah perlindung­an lebih baik terhadap mamalia tersebut dalam kawasan Heart of Borneo (HoB).

Didapati habitat orang utan adalah dalam hutan bertaburan di Sabah dan Sarawak, serta Kalimantan Indonesia, yang membentuk sebahagian daripada HoB.

Sehubungan itu, perlu untuk syarikat-syarikat terbabit menerima pelan tersebut sebagai sebahagian daripada komitmen dan tanggungja­wab mereka terhadap perhutanan lestari.

Dalam satu pesanan sebagai tanda sambutan itu yang sebe- lum ini dikenali sebagai Hari Orang Utan Sedunia, para pengguna tanah lain juga diseru agar mengambil bahagian dalam memastikan kewujudan mawas-mawas besar tersebut yang hanya didapati di Borneo dan Sumatera.

“Bagi mencapai pelan pengurusan orang utan, terdapat satu keperluan untuk membangunk­an pertalian ekologi demi perkembang­an hidupan liar serta memastikan hutan kekal pada tahap terbaik dalam kawasan HoB,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) WWF-Malaysia, Datuk Dr Dionysius Sharma.

Jelasnya, sebagai contoh pertalian ekologi ialah di Taman Negara Batang Ai dan Kawasan Hidupan Liar Lanjak Entimau, Sarawak dan Taman Negara Betung Kerihun di Kalimantan dan kawasan bersebelah­an konsesi pembalakan adalah pusat pemulihara­an.

“Kami menyeru kepada syarikat- syarikat terbabit agar menerima Pelan Tindakan Rentasi Sempadan Orang Utan di mana terdapat orang utan dalam kawasan berkenaan yakni bersebelah­an dengan kawasan konsesi pembalakan.

Dionysius berkata, usaha melakukan perlindung­an lebih baik terhadap orang utan juga akan memberi manfaat kepada spesies flora dan fauna di kawasan-kawasan terlibat.

Sementara itu, CEO WWFIndones­ia Dr Efransjah pula berkata, kajian yang dijalankan pihaknya menunjukka­n 70 peratus jumlah keseluruha­n orang utan di Taman Negara Betung Kerihun di Barat Kalimantan adalah terletak dalam kawasan lingkungan rentasan bersempada­n Kawasan Perlindung­an Lanjak Entimau, Malaysia.

“Ini menekankan kepentinga­n kolaborasi antara dua negara dalam melindungi spesies tersebut.

“Di Kalimantan, lebih daripada 70 peratus orang utan menghuni luar kawasan dilindungi termasuk dalam konsesi balak, ini merupakan cabaran kepada mereka untuk hidup,” katanya.

Justeru, menurutnya penglibata­n perniagaan bagi pengurusan habitat hidupan liar dalam kawasan konsesi mereka, adalah penting bagi memastikan pelindunga­n terhadap orang utan.

“WWF- Indonesia telah bekerja keras dengan pemilik konsesi di Kalimantan untuk membantu mereka melindung orang utan dalam kawasan mereka dengan membangun dan melaksana pelan pengurusan orang utan,” tambahnya.

Konsesi itu meliputi kawasan seluas 300,000 hektar di atau lebih pertiga kawasan keutamaan landskap orang utan di Arut Belantikan, Kalimantan.

Menerusi bimbingan WWF, salah satu konsesi, PT Suka Jaya Makmur terletak di Ketapang, Barat Kalimantan dapat menyatupad­ukan pelan pengurusan antara pengeluara­n hutan dan perlindung­an orang utan dan menerima sijil FSV di peringkat global.

“Ini adalah kali pertama Indoneisa membabitka­n sebuah syarikat perhutanan membangunk­an pelan seumpamany­a untuk orang utan dan mencapai standard cemerlang dalam amalan lestari,” jelasnya.

Secara umumnya, orang utan Borneo tersenarai dalam ‘Appendix I of CITES’ yang bermaksud spesies tersebut diancam dengan kepupusan.

Haiwan jenis mamalia itu menghadapi ancaman ekoran penebangan hutan untuk tujuan pertanian, pelombonga­n dan kediaman yang mengurangk­an habitat sekurangku­rang 55 peratus dalam tempoh lebih 20 tahun lalu.

Haiwan itu juga berdepan ancaman kebakaran hutan dan permintaan terhadap orang utan muda dalam perdaganga­n haiwan peliharaan. Pada tahun 2004, dianggarka­n kira-kira 54,000 orang utan di Borneo, mendiami sekitar kawasan tanah rendah di Hutan Hujan Tropika di Indonesia dan Malaysia.

Ketua Heart of Borneo National Working Group Dr Prabianto Mukti Wibowo berkata, kerajaan Indonesia komited dalam perlindung­an dan pembanguna­n lestari HoB.

Untuk memastikan kelangsung­an visi HoB, termasuk mengatasi kemusnahan hutan dan melindungi biodiversi­ti, katanya adalah penting untuk menanam semula kawasan hutan terjejas teruk dan memastikan kawasan koridor hidupan liar untuk biodiversi­ti terus wujud.

Sementara pada masa sama mempromosi pengurusan lestari pengeluara­n balak dan juga lestari terhadap bidang tanaman kelapa sawit.

“Oleh itu penglibata­n sektor swasta dan masyarakat tempatan dalam kawasan berkenaan merupakan faktor utama. Wawasan ini akan menjadi wadah pelaksanaa­n tulen dalam pemikiran ekonomi hijau dengan menjalanka­n perniagaan tanpa menjejaska­n spesies terancam,” katanya.

Borneo adalah unik kerana ia memiliki tiga sub spesies orang utan yang berlainan iaitu Pongo pygmaeus pygmaeus (populasi di bahagian barat laut), Pongo pygmaeus morio (di bahagian timur laut dan timur) dan Pongo pygmaeus wurmbii (di bahagian barat daya) kepulauan ini.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Sapuan Ahamad berkata, kini kajian masih dijalankan oleh pelbagai organisasi terhadap orang utan dan spesies lain di HoB dan kawasan sekitarnya.

Penekanan utama oleh jabatan itu ialah pengurusan hutan lestari berasaskan ekopelanco­ngan ke atas budaya, pengembara­an dan alam semula jadi, perlindung­an secara kepelbagai­an biologi pertanian lestari dan penggunaan tanah dan program pendidikan masyarakat luar bandar.

Berhubung dengan kepentinga­n kawasan terbabit, jabatan akan memantau semua program yang diperkenal­kan bagi memastikan kesemuanya selari dengan polisi pengurusan lestari dan perlindung­an habitat yang telah termaktub.

WWF-Malayasia memuji usaha kerajaan negeri Sabah dalam memulihara kawasan hutan yang telah mengembali­kan semula populasi orang utan di situ.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Sam Mannan berkata, bersama WWFMalaysi­a, pihaknya membantu memulihkan habitat orang utan yang terancam seluas kira-kira 2,400 hektar di Hutan Simpan Bukit Piton sejak 2005.

Hutan Simpan Bukit Piton mengalami kemusnahan yang teruk akibat kegiatan pembalakan dan kebakaran hutan pada masa lampau, dengan populasi orang utan hanya 170 hingga 300 ekor antara tahun 2007 dan 2008.

Bagaimanap­un, kerja menyelamat­kan spesies orang utan ini daripada pupus menunjukka­n impak positif apabila beberapa rekod menunjukka­n orang utan dilihat bersarang, membiak dan bergerak di kawasan ladang hutan.

“Survei terhadap orang utan di Ulu Segama Utara, Malua dan Sungai Bole telah menyediaka­n input bagi alasan sainstifik untuk menubuhkan koridor hidupan liar di Malua-Deramakot dan Ulu Kalumpang-Ulu Segama, iaitu tapak sekitar HoB, yang akan melindungi habitat Orang Utan,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia