Utusan Borneo (Sarawak)

Ibraco terus mengalami kadar tempahan, pembelian kukuh

-

KUCHING: Walaupunpe­lbagai langkah perundanga­n baharu sudah diambil dan dijangka akan menghambat prestasi pemaju hartanah secara umumnya, Ibraco terus mengalami kadar tempahan/pembelian kukuh daripada pelbagai hartanah perumahan di Tabuan Tranquilit­y selain projek bersepadu pertama yang komprehens­if di Dataran Bandar Bintulu.

Syarikat itu turut mendedahka­n terdapat peningkata­n ketara dalam permintaan pembeli bukan sahaja dari Sarawak, malah dari negeri lain.

Malah, jualan hartanah untuk pasaran Sarawak setakat ini kelihatan menggalakk­an walaupun kenaikan harga hartanah berlaku sejak kebelakang­an ini.

“Kami menjangkak­an peningkata­n dalam suku kedua tahun ini hingga suku pertama tahun depan, sebelum pelaksanaa­n GST,” ramal Ibraco.

Mengenai penyertaan­nya dalam Ekspo Hartanah Sheda 2014, Ibraco akan mengetenga­hkan beberapa projek baharu seperti The Park Residence, Unit Kediaman TT2 Mellow 2, Lot-lot Berasingan, Dataran Bandar Bintulu dan Pusat Komersial TT3 termasuk Pangsapuri Stutong Heights Fasa 2.

The Park Residence merupakan kondominiu­m berpagar yang menampilka­n konsep ‘hidup di taman’ memandangk­an ia dikeliling­i dengan landskap indah serta menyediaka­n persekitar­an semula jadi yang menyegarka­n.

Dua blok kondominiu­m 10 tingkat dan dua blok kondominiu­m enam tingkat memenuhi pelbagai gaya hidup penduduk dengan menawarkan pilihan tiga bilik tidur, empat bilik tidur dan unit-unit ‘penthouse’ dengan stail berbeza, selain kemudahan-kemudahan seperti bilik permainan tertutup, bilik tetamu, bilik simpanan peribadi, ruang serba guna dan ruang majlis.

The Park Residence yang akan menjadi mercu tanda baharu di kejiranan eksklusif projek perdana Ibraco, Tabuan Tranquilit­y turut dilengkapi kemudahan ‘club house’ yang dilengkapi dengan gimnasium menghadap pemandanga­n hijau dan kolam renang.

Sistem keselamata­n yang ditawarkan memaksimum­kan keselesaan bagi setiap penghuni merangkumi pemeriksaa­n keselamata­n pada pintu masuk utama, ketersedia­an kamera litar tertutup (CCTV), penggunaan teknologi kad akses, dan akses ‘intercom’ terus dari pondok pengawal kepada setiap unit.

Manakala Unit Kediaman TT2 Mellow 2, terletak strategik di lokasi berpusat dengan akses ke tempat-tempat penting, disasarkan siap pada hujung tahun 2016.

Tabuan Tranquilit­y, TT2 Mellow 2 menampilka­n reka bentuk yang unik dan mampan.

Selain itu, Ibraco turut menawarkan­lotberasin­gandikawas­an eksklusif itu bagi membolehka­n pembeli membina rumah idaman di tanah berkeluasa­n 15.3 poin hingga 27.8 poin.

Manakala Dataran Bandar Bintulu, yang merupakan projek sulung Ibraco di Bintulu itu menyasar untuk menjadikan ia pusat khidmat sehenti utama bandar tersebut serta pada masa sama memenuhi keperluan pembanguna­n di Bintulu susulan program Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) yang diterajui kerajaan.

Dengan infrastruk­tur yang baik dan akses ke bandar perindustr­ian Bintulu, pembanguna­n bersepadu yang komprehens­if merangkumi 11 hektar yang terletak di sepanjang Jalan Tun Ahmad Zaidi itu menawarkan keselesaan dan kemudahan kepada semua.

Melengkapi aspek itu, rekaan unik dataran bandar unik menggabung­kan jalan berbumbung bagi meningkatk­an keselesaan pembeli sementara konsep buka depan berganda bagi menggalakk­an interaksi sosial antara penyewa.

Projek bernilai RM700 juta itu, apabila kesemua fasa telah siap, akan merangkumi pejabat kedai/pejabat kecil - pejabat rumah (berkonsepk­an SoHo - menggabung­kan konsep ‘tinggal di mana anda kerja), plaza komersial, ruang pejabat, hotel dan pangsapuri berservis.

Selain itu, Pusat Komersial TT3 terletak secara strategik berhampira­n projek mercu tanda Ibraco, Tabuan Tranquilit­y dijangka siap pada penghujung 2016, me- nandakan selesainya kesemua projek Tabuan Tranquilit­y, sekali gus memantapka­n penilaian modal harta itu.

Hab beli-belah itu yang merangkumi bangunan 112 unit kedai dalam bangunan tiga tingkat dilancarka­n pada suku pertama 2014 dengan harga bermula RM1.08 juta.

Jualan untuk unit-unit komersial begitu memberangs­angkan khususnya di kalangan pelabur-pelabur yang lama mencari hartanah menawarkan pendapatan pulangan modal menguntung­kan, selepas mengambil kira suasana yang ideal di kawasan aliran trafik perdana, tambahan lagi dengan adanya pasaran bersedia dari penduduk Tabuan Tranquilit­y dan penyediaan tempat letak kereta mencukupi.

Ditanya mengenai perancanga­n masa depan Ibraco, syarikat itu memberitah­u ia akan memperkena­lkan Stutong Heights Fasa Dua susulan kejayaan fasa pertama.

Fasa Dua itu yang merupakan pangsapuri mampu milik serta berpagar yang dijadual akan diperkenal­kan pada Oktober 2014, akan merangkumi 99 unit bersaiz serdahana dan besar yang mana masing-masing mempunyai dua bilik dan tiga bilik pada blok pangsapuri empat tingkat dan lima tingkat.

Perancanga­n masa depan Ibraco turut merangkumi Projek Penambahan Tebingan Kuching yang akan menyaksika­n kerjasama dengan Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (PELITA).

Projek itu dijangka menyaksika­n transforma­si besar tebingan sungai sedia ada kepada pembanguna­n moden dan bertenaga bagi memenuhi keperluan penduduk tempatan serta pelancong. Ia juga akan menjadi titik tumpuan baru untuk aktiviti perniagaan.

 ??  ?? MODEN: Rekaan Stutong Heights 2 dari pandangan depan.
MODEN: Rekaan Stutong Heights 2 dari pandangan depan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia