Utusan Borneo (Sarawak)

Tawaran terhad perubatan untuk elak kebanjiran doktor

Pelajar masih berpeluang ikuti kursus lain yang berkaitan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan menawarkan tempat kepada hanya 418 pelajar yang benar- benar layak untuk mengikuti jurusan perubatan (Ijazah Pertama) ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambila­n tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanath­an berkata tawaran tempat yang terhad itu adalah bagi mengawal jumlah siswazah perubatan baharu dan mengelakka­n berlakunya kebanjiran doktor baharu di pasaran kerja.

“Sebanyak 1,163 pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 telah memohon untuk jurusan perubatan tetapi hanya 418 tempat sahaja ditawarkan dan pengambila­n pelajar juga bergantung pada sesi temu duga.

“Kita mengambil keputusan ini setelah berbincang dengan Kementeria­n Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia ( MMC),” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata baki pelajar yang tidak dapat tempat dalam bidang perubatan telah dita-

Kita mengambil keputusan ini setelah berbincang dengan Kementeria­n Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC). P.Kamalanath­an

” Timbalan Menteri Pendidikan

warkan kursus lain yang masih relevan dan berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan mengenai pelajar- pelajar yang mempunyai keputusan 4.0 dalam Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan Matrikulas­i tetapi gagal mendapat tawaran jurusan perubatan di IPTA.

Kamalanath­an bagaimanap­un menyeru semua pelajar yang tidak mendapat tempat di IPTA supaya membuat rayuan kepada Kementeria­n Pendidikan melalui laman sesawang rasmi kemasukan di upu.moe.gov.my sebelum 23 Ogos ini.

Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftara­n pelajar baharu.

“Sejumlah 37,467 telah mendapat tawaran di IPTA, mungkin ada pelajar yang tidak selesa dengan kursus mereka. Saya syorkan mereka terima kursus berkenaan dan daftar dulu. Kemudian tulis surat rayuan terus kepada universiti berkenaan,” kata beliau.

Katanya, kementeria­n pendidikan juga memastikan semua pelajar yang mempunyai PNGK 4.00 mendapat tawaran di IPTA bagi sesi Akademik 2014/2015.

Kamalanath­an berkata dasar pengambila­n dan pemilihan kemasukan ke IPTA adalah berdasarka­n prinsip meritokras­i termasuk 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulu­m tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan negeri.

Beliau berkata terdapat banyak bidang lain termasuk bidang perundanga­n, kejurutera­an dan komunikasi yang masih boleh diceburi oleh pelajar serta kesemua bidang ini mampu memberi masa depan yang cerah.

Pelajar yang mendapat tempat di IPTA harus bersyukur kerana terdapat 29,821 calon yang layak tidak mendapat sebarang tawaran, katanya.

Seramai 37,467 daripada 74,071 iaitu 55.6 peratus calon telah berjaya mendapat tawaran di 20 IPTA bagi sesi akademik 2014/2015.

Daripada jumlah itu, seramai 21,800 calon (58.2 peratus) adalah daripada aliran Sains manakala 15,667 (41.8 peratus) daripada Sastera.

Mengikut jantina pula, sebanyak 26,030 atau 69.6 peratus adalah pelajar wanita manakala 11,437 atau 30.5 peratus adalah lelaki. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia