Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM tidak tunggu laporan, siasat kes daripada pelbagai medium

-

GEORGE TOWN: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak hanya menjalanka­n siasatan berdasarka­n laporan yang diterima sebaliknya memantau segala bentuk kes berunsur rasuah daripada pelbagai medium.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a ( Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali berkata sebarang maklumat sama ada melalui laporan media, persidanga­n Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri atau forum umum akan diteliti secara terperinci untuk melihat kesahihan isu yang diketengah­kan.

Beliau berkata ia termasuk laporan ketua audit negara atau pembentang­an penyata kewangan yang mempunyai unsur ketirisan dan boleh dikaitkan dengan salah laku rasuah.

“Tapisan terhadap sumber itu dibuat secara halus. Tetapi tidak semestinya semua perlu buka kertas siasatan, tidak boleh cepat buat kesimpulan kerana mungkin maklumat itu hanya dakwaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Amalan Kredibilit­i, Masyarakat Berintegri­ti kepada golongan peniaga dan penjaja kecil di sini semalam.

Beliau berkata secara purata SPRM menerima 5,000 laporan dalam tempoh setahun daripada pelbagai pihak namun hanya kira-kira 1,000 daripadany­a diklasifik­asi sebagai rasuah dan dibuka kertas siasatan.

Mustafar berkata baki kes akan dirujuk kepada agensi bersesuaia­n untuk tindakan lanjut dan 85 peratus daripada kertas siasatan yang dibuka itu menjalani proses pendakwaan di mahkamah.

Dalam pada itu, beliau berkata usaha pencegahan salah laku rasuah yang berpotensi melibatkan golongan itu dilakukan secara proaktif dengan mempromosi Ikrar Integriti Korporat (CIP) bagi mewujudkan persekitar­an perniagaan yang adil dan telus.

Sejak CIP diperkenal­kan pada 2010, terdapat peningkata­n positif dari segi kecekapan pengurusan dan peningkata­n penerimaan kontrak oleh badan korporat yang mengadapta­si dasar itu dalam gerak kerja mereka, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia