Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga wakil misi bantuan kemanusiaa­n memasuki Gaza

-

KAHERAH: Tiga wakil misi bantuan kemanusiaa­n Kelab Putera 1Malaysia( KP1M) ke Gaza selamat memasuki wilayah Palestin yang menjadi sasaran serangan Israel melalui pintu sempadan Rafah pada Isnin.

Mereka berbuat demikian pada kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan ( 3 petang waktu Malaysia) pada Isnin.

Maklumat itu disahkan Timbalan Presiden KP1M Datuk Mohd Farid Hassan.

Beliau berkata pergerakan mereka dari Qantara menuju ke Rafah pada Ahad menggunaka­n kereta perisai jenis Humvee turut diiringi dua kereta perisai berantai tentera Mesir.

Kumpulan itu merangkumi Presiden KP1M dan ketua misi berkenaan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar AlAgha bertolak dari Qantara pada jam 2.30 petang Ahad.

Tujuh puluh lapan sukarelawa­n lain tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke Rafah atas faktor keselamata­n dan diarahkan pulang ke Kaherah.

Arahan itu diberikan komander pos kawalan tentera di Qantara, yang terletak berhampira­n Terusan Suez, selepas kira-kira lima jam konvoi berkenaan terkandas dan perbincang­an diadakan.

Bagaimanap­un, selepas kira-kira sejam bergerak dari Qantara, ketiga-tiga wakil misi berkenaan terpaksa berhenti dan bermalam di Al- Arish pada hari sama kerana dilaporkan berlaku kejadian tembak-menembak sebelum dapat meneruskan perjalanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia