Utusan Borneo (Sarawak)

Nik Aziz setuju keputusan PAS Pusat

Kini beliau menyokong penuh keputusan tolak kepimpinan Abdul Khalid

-

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bersetuju dengan segala keputusan mesyuarat Jawatankua­sa Kerja PAS Pusat semalam yang menolak kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Nik Abdul Aziz berkata keputusan menyokong itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali di sini.

“Saya telah mendengar penjelasan daripada Presiden PAS dan Setiausaha Agung dan saya bagi sokongan penuh terhadap keputusan Jawatankua­sa PAS Pusat itu.

“Alhamdulil­lah keputusan itu kita kekal dalam Pakatan (Rakyat) dan saya menyokong apa yang diputuskan semalam

Alhamdulil­lah keputusan itu kita kekal dalam Pakatan (Rakyat) dan saya menyokong apa yang diputuskan

” semalam (kelmarin). Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS

(kelmarin),” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darul Naim di sini.

Abdul Hadi dan Mustafa juga turut hadir pada sidang akhbar itu.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Nik Abdul Aziz telah membuat keputusan menyokong penuh Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.

Kelmarin, Jawatankua­sa Kerja PAS pusat itu turut mencadangk­an dua nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalanny­a Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantik­an Abdul Khalid.

Ketika ditanya kenapa bertindak menyokong Wan Azizah sedangkan keputusan sebelum itu berbeza, Nik Abdul Aziz kemudianny­a berkata: “Siapa jadi MB (menteri besar) itu terpulang kepada perkenan Sultan”.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata keputusan yang diputuskan parti itu adalah berdasarka­n kepada keadaan semasa iaitu pada masa menyokong Abdul Khalid adalah kerana ketika itu beliau masih merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Masa itu, Abdul Khalid masih dalam PKR dan kini telah dipecat dan masalah berkaitan dengannya sudah tidak timbul lagi,” katanya.

Beliau berkata persoalan sama ada Abdul Khalid bersalah atau tidak terhadap tuduhan yang dilemparka­n parti termasuk dakwaan salah laku, itu merupakan isu yang berbeza dan tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat kelmarin.

Abdul Hadi juga berkata keputusan PAS memilih Wan Azizah itu juga tiada kaitan dengan dakwaan menyokong nepotisme yang cuba diamalkan oleh PKR.

“Saya tidak mahu komen dengan nepotisme atau tidak atau ia telah bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama. Terpulang kepada Sultan untuk menentukan dan itu bukan hak kita,” katanya.

Ketika ditanya adakah Abdul Hadi telah menasihatk­an Abdul Khalid dalam soal itu, beliau hanya berkata: “Nanti saya jumpa dia (Abdul Khalid) dan bukannya nasihat melalui akhbar”.

Abdul Hadi berkata, PAS berharap pilihan raya negeri tidak akan diadakan, tetapi tetap bersiap sedia menghadapi­nya.

“Bubar dewan itu hak Tuanku dan tiada siapa boleh campur tangan tetapi kita harapkan ia tidak berlaku,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia