Utusan Borneo (Sarawak)

Sisa pepejal, masalah perparitan antara faktor denggi meningkat di Kelantan

-

KOTA BAHARU: Kelemahan pihak berkuasa tempatan menguruska­n sisa pepejal dan sistem perparitan antara penyebab meningkatn­ya kes demam denggi di Kelantan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m.

Beliau berkata longgokan sampah yang terbiar dan parit yang tersumbat menyebabka­n air bertakung dan ia menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Faktor lain ialah kurangnya kerjasama daripada orang ramai untuk menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Mereka membiarkan persekitar­an rumah tidak bersih manakala amalan gotong royong terlalu kurang,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat lokaliti program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dalam mengawal denggi, di Taman Desa Kemumin Fasa II, Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Dr Subramania­m berkata sejak Januari hingga kelmarin, sebanyak 8,074 kes demam denggi dengan 12 kematian dilaporkan di negeri ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 839 kes dengan satu kematian.

Beliau berkata Kota Baharu adalah daerah yang paling tinggi jumlah kes denggi dengan menyumbang 78 peratus daripada keseluruha­n kes.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa tempatan segera memperbaik­i pengurusan sisa pepejal dan memastikan air di sistem perparitan mengalir dengan sempurna.

“Masyarakat diminta mengambil langkah pencegahan seperti melakukan aktiviti mencari dan menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk aedes pada setiap minggu di persekitar­an premis dan rumah mereka,” katanya.

Katanya, Jabatan Kesihatan pula telah menubuhkan 38 pasukan kawalan denggi dengan kira-kira 100 anggota bagi mengawal wabak tersebut.

Beliau turut menggalakk­an lebih banyak komuniti menubuhkan COMBI ( Communicat­ion for Behavioura­l Impact) untuk memperkasa peranan komuniti dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit khususnya demam denggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia