Utusan Borneo (Sarawak)

Pedrosa akhiri penguasaan Marquez

-

BRNO, Republik Czech: Harapan Marc Marquez untuk mencipta rekod memenangi 11 perlumbaan MotoGP berturut- turut berkecai apabila rakan sepasukann­ya dari jentera Honda, Dani Pedrosa, memenangi perlumbaan Grand Prix Czech di Brno Ahad lepas.

Pedrosa, yang pernah menang di sini pada 2012, menamatkan 22 perlumbaan dengan masa 42 minit dan 47.800 saat, mengatasi dua pelumba jentera Yamaha, Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi, dengan Marquez menduduki di tangga keempat.

Marquez, yang menang di sini tahun lepas, memburu rekod menjadi pelumba pertama dalam kelas elit, MotoGP, yang memenangi 11 perlumbaan berturuttu­rut.

Pelumba legenda, Giacomo Agostini, memenangi perlumbaan berturut- turut dalam kelas elit pada 1968, 1969 dan 1970.

Bagaimanap­un, tiada pelumba pernah memenangi 11 perlumbaan berturut- turut – sebahagian darinya kerana musim sempurna Agostini pada 1968 hanya melibatkan 10 perlumbaan.

Marquez, yang gagal menaiki podium buat kali pertama sejak di Australia tahun lepas, bagaimanap­un kekal sebagai pendahulu keseluruha­n pelumba dengan 263 mata, 77 mata di hadapan Pedrosa dan 90 mata di hadapan Rossi.

“Ia secara kasarnya menghilang­kan beban di bahu saya kerana orang tidak akan bertanya kepada saya jika saya boleh menang lagi,” kata Marquez.

“Kami mengutip 13 mata yang tetap penting untuk saingan kejuaraan dunia dan kami memiliki kelebihan besar.”

“Apa yang penting ialah siapa yang memenangi kejuaraan, bukan memenangi paling banyak perlumbaan,” kata Marquez sambil menambah beliau gagal mencari persediaan terbaik jenteranya.

“Ia bukan kesilapan saya atau pasukan saya, ia hanya kerana kami tidak menemui prestasi yang sama seperti perlumbaan lain.”

Seperti yang kerap berlaku musim ini, Marquez bermula hambar walaupun dari petak pertama dan beliau tercicir ke kedudukan keenam.

Lorenzo kemudian menguasai perlumbaan, diikuti Pedrosa, yang memintasny­a pada selekoh keenam untuk mendahului kedudukan dan tidak pernah dipintas lagi selepas itu.

“Saya tidak merancang untuk berlumba seperti ini tetapi nasib baik Jorge membuka ruang dan ia menyebabka­n saya mengubah pelan saya dan memberikan saingan yang kuat,” kata Pedrosa.

“Saya mengekalka­n rentak sehingga ke akhir perlumbaan tetapi sebenarnya saya bergelut mencari cengkaman tayar belakang,” kata Pedrosa.

“Akhirnya kami menewaskan Mac tetapi malang sekali bukan saya, ia adalah Dani kali ini,” kata Lorenzo.

“Selepas dua pusingan, saya mula tidak selesa dan i a membolehka­n Dani memintas dan tidak dapat dikejar lagi.”

Marquez berjaya memintas ke kedudukan ketiga selepas beberapa pusingan tetapi beliau kemudian mendapat saingan yang kuat dari Rossi dan menyebabka­nnya hilang tumpuan untuk mengejar pendahulu perlumbaan.

Pada perlumbaan kelas Moto2, Esteve Rabat memenangi perlumbaan dengan selesa, di hadapan rakan sepasukan, Mika Kallio dan Sandro Cortese.

Dalam kelas Moto3, Alexis Masbou mencipta kemenangan sulung dalam kerjayanya apabila menewaskan Enea Bastianini dari Itali dan Danny Kent dari Britain.

AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? CERIA: Pedrosa meraikan kejayaanny­a menjuarai Grand Prix Czech di Brno, Republik Czech pada Ahad
— Gambar Reuters CERIA: Pedrosa meraikan kejayaanny­a menjuarai Grand Prix Czech di Brno, Republik Czech pada Ahad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia