Utusan Borneo (Sarawak)

Mekhissi berjaya kawal perasaanny­a sehingga ke garisan penamat

-

ZURICH, Switzerlan­d: Mahiedine Mekhissi dari Perancis, berjaya mengawal perasaanny­a dan mengelak dari menanggalk­an baju sebelum melepasi garisan penamat dan memenangi acara 1,500 meter lelaki pada hari terakhir Kejohanan Olahraga Eropah di sini Ahad lepas.

Tiga hari yang lalu, beliau kehilangan pingat emas dalam acara 3,000 meter lari berhalanga­n kerana menanggalk­an baju ketika berlari ke garisan penamat tetapi Ahad lepas, beliau melakukan pecutan akhir memberangs­angkan untuk memenangi acara final 1,500 meter tanpa menanggalk­an baju.

Beliau melepasi garisan penamat dengan masa 3 minit 45.60 saat – di hada- pan Henrik Ingebrigts­en dari Norway dengan Chris O’Hare dari Britain di tempat ketiga.

“Satu-satu tindak balas yang boleh saya lakukan selepas dibatalkan pingat emas ( acara 3,000 meter lari berhalanga­n) ialah untuk kembali berlumba dan memenangi acara ini,” kata Mekhissi.

Sekiranya Mekhissi tidak menanggalk­an bajunya sebelum ke garisan penamat Khamis lepas, beliau mungkin meraikan dua pingat emas – seperti yang diraikan Mo Farah dari Britain apabila memenangi emas acara 5,000 meter.

Selepas tidak beraksi di Sukan Komanwel kerana masalah kesihatan, Farah kembali berlumba dan me- menangi acara 10,000 meter pada hari Rabu.

Dalam acara 5,000 meter, pelari berusia 31 tahun itu mengulangi kejayaanny­a memenangi kejuaraan berganda di Sukan Eropah 2010, Sukan Olimpik 2012 dan Kejohanan Dunia 2013.

Beliau bagaimanap­un diberikan cabaran yang kuat dari Hayle Ibrahimovi­c tetapi berjaya memecut pada 150 meter terakhir untuk menang dengan masa 14 minit 05.82 saat, dengan Ibrahimovi­c di tempat kedua dan rakan sepasukan Farah, Andy Vernon di tempat ketiga.

“Ada masa yang sukar untuk saya tahun ini tetapi memenangi dua pingat emas di sini sememangny­a hebat,” kata Farah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia