Utusan Borneo (Sarawak)

Larian amal Dynasty kini kembali

Larian tersebut bertujuan kutip dana bagi membantu golongan miskin

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Larian amal anjuran Hotel Dynasty kini kembali untuk siri ke-11 yang akan berlangsun­g pada 21 September depan.

Larian amal itu yang bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu golongan miskin dan golongan yang memerlukan amal di sini, dibuka kepada orang ramai dari peringkat sekolah menengah, berusia 13 tahun hingga ke peringkat veteran.

Seperti sebelumnya, larian amal ke-11 ini dibuka kepada empat kategori iaitu Kategori Remaja - Lelaki dan Wanita (berusia 13 hingga 19 tahun), Kategori Terbuka - Lelaki dan Wanita (20 tahun dan ke atas), Kategori Veteran - lelaki sahaja (50 tahun ke atas) dan Kategori Keluarga (mininum dua orang (ibu/ bapa bersama anak berusia 12 tahun ke bawah) dan maksimum tiga orang (ibu dan bapa bersama anak).

Bagaimanap­un, untuk melayakkan peserta mengambil bahagian dalam larian tersebut kategori remaja perlu membuat kutipan sekurangku­rangnya RM50 bagi setiap kad, kategori terbuka dan veteran masing-masing M80 bagi setiap kad kutipan mereka.

Bagi kategori keluarga pula, mininum kutipan ialah RM80 jika penyertaan dua orang dan hanya RM50 jika penyertaan adalah tiga orang.

Bagi memberi galakan kepada orang ramai, pihak penganjur turut menyediaka­n hadiah-hadiah menarik kepada peserta yang berjaya

Untuk membolehka­n peserta menyertai Anugerah Kutipan Terbanyak ini, mereka perlu membuat kutipan sekurang

” kurangnya RM1,000. Margaret Laing Ketua Penyelaras Larian Amal Hotel Dynasty

memperoleh­i kutipan tertinggi menerusi Anugerah Kutipan Terbanyak.

“Untuk membolehka­n peserta menyertai Anugerah Kutipan Terbanyak ini, mereka perlu membuat kutipan sekurang- kurangnya RM1,000,” kata Ketua Penyelaras Larian Amal Hotel Dynasty Ke-11, Margaret Laing di sini semalam.

Margaret memberitah­u, mereka juga turut mengalu-alukan sumbangan serta sokongan daripada badanbadan korporat bagi membantu menjayakan larian amal tersebut.

Semalam, pihak hotel tersebut menerima sumbangan dalam bentuk sijil untuk para peserta larian disumbangk­an oleh syarikat pencetakan, Liang Hua Printing Sdn. Bhd (Liang Hua).

Sumbangan berupa sijil itu diserahkan sendiri oleh wakil syarikat, Chieng Yew Kuok kepada pihak penganjur pada sidang media semalam.

“Kami amat berterima kasih kepada sokongan Liang Hua kerana begitu setia menyokong larian amal ini pada setiap tahun.

“Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sokongan orang ramai bagi membantu menjayakan larian amal ini bertujuan membantu masyarakat khususnya golongan memerlukan menerusi badan-badan amal terpilih,” ujar Margaret yang juga bertindak selaku pengerusi penganjur larian tahun ini.

“Hasil daripada kutipan nanti akan diberi semula kepada masyarakat iaitu golongan kurang bernasib baik dan orang-orang miskin menerusi acara-acara penyerahan bantuan oleh Hotel Dynasty yang diadakan pada setiap musim perayaan sepanjang tahun,” jelas beliau.

Mereka yang berminat boleh mendapatka­n borang penyertaan dari kaunter di hotel berkenaan. Untuk maklumat lanjut boleh menghubung­i Margaret Laing di talian 085- 421111 atau 012-8074677 atau penolong ketua penyelaras, Everett Wilson (010-9688852), Titus Tusing ( 012- 8760229) ataupun Hiong Ai Hua (0168719936).

 ??  ?? SOKONGAN AMAL: Chieng (lima kiri) menyampaik­an sumbangan Liang Hua berupa sijil untuk peserta larian kepada Margaret sambil disaksikan jawatankua­sa penyelaras Larian Amal Hotel Dynasty Ke-11 di Miri semalam.
SOKONGAN AMAL: Chieng (lima kiri) menyampaik­an sumbangan Liang Hua berupa sijil untuk peserta larian kepada Margaret sambil disaksikan jawatankua­sa penyelaras Larian Amal Hotel Dynasty Ke-11 di Miri semalam.
 ??  ?? AKTIVITI SIHAT: Mohd Kamal (duduk tiga kiri) bersama pasukan mengambil bahagian pada kejohanan futsal di Sibu.
AKTIVITI SIHAT: Mohd Kamal (duduk tiga kiri) bersama pasukan mengambil bahagian pada kejohanan futsal di Sibu.
 ??  ?? TING SIEW NGUONG
TING SIEW NGUONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia