Utusan Borneo (Sarawak)

Bordeaux bangkit dari ketinggala­n sebelum tundukkan Monaco 4-1

-

PARIS, Perancis: Monaco mengalami kekalahan kedua mereka dari beberapa perlawanan ketika Bordeaux bangkit dari ketinggala­n untuk menang 4-1 dalam aksi Ligue 1 Perancis Ahad lepas.

Dimitar Berbatov membuka jaringan buat Monaco di Stade Chaban-Delmas sebelum rehat tetapi selepas tewas kepada Lorient di tempat sendiri minggu lepas, skuad kendalian Leonardo Jardim itu hilang rentak dan memberikan peluang kepada Bordeaux dalam separuh masa kedua.

Dua gol Diego Rolan dan tendangan penalti dari Emiliano Sala dan Wahbi Khazri memastikan dua kemenangan dari dua perlawanan untuk Bordeaux, yang mendahului kedudukan liga ketika ini dengan enam mata maksima selepas permulaan memberangs­angkan di bahawa jurulatih baharu, Willy Sagnol.

Jardim mengkritik pengadil, dengan mendakwa melakukan dua kesilapan besar yang mengubah rentak permainan.

“Selepas kesilapan itu, tiada lagi makna dalam perlawanan ini,” kata beliau.

“Tetapi kami harus terus berusaha dan mempercaya­i pemain. Saya yakin tidak akan berlaku sebarang kesilapan lagi dan saya juga percaya pengadil di Perancis adalah bagus.”

Radamel Falcao sekali lagi bermula di bangku simpanan untuk Monaco, walaupun Jardim ada melakukan lima pertukaran dari skuad, termasuk menurunkan semula Jeremy Toulalan di bahagian tengah.

Penjaga gol, Danijel Subasic sebelum ini menepis satu ten- dangan percuma Khazri tetapi Monaco membuka jaringan pada minit terakhir separuh masa pertama apabila hantaran lintang Valere Germain ditanduk masuk oleh Berbatov.

Sagnol, yang bermain dalam skuad terakhir Monaco yang memenangi kejuaraan liga pada 2000, mengubah taktik permainan selepas rehat dan Bordeaux hanya memerlukan tiga minit selepas rehat untuk mengikat kedudukan apabila Rolan menyempurn­akan hantaran lintang Julien Faubert.

Sala, yang membuat penampilan sulung dalam Ligue 1, menjaringk­an gol dari satu tendangan penalti selepas Aymen Abdennour mengasari Khaziri dalam kotak penalti.

Monaco memasukkan Falcao tetapi mereka terus ketinggala­n pada minit ke-65 apabila Rolan menyempurn­akan satu tendangan percuma Lamine Sane.

Dan keadaan menjadi semakin buruk buat Monaco apabila Khazri menyempurn­akan satu lagi tendangan penalti selepas kekasaran dari Subasic.

Pada perlawanan lain, Saint Etienne menjadi sebuah lagi pasukan yang memenangi dua perlawanan berturut-turut selepas bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Reims 3-1 di Stade Geoffroy-Guichard.

Loic Perrin tertolak rembatan Benjamin Moukandjo ke pintu golnya sendiri untuk membuka jaringan buat Reims – yang mengikat Paris Saint Germain (PSG) minggu lepas – untuk mendahului kedudukan pada masa rehat tetapi gol dari Max-Alain Gradel, Kevin Monnet-Paquet dan Mevlut Erding memastikan kebangkita­n bergaya Saint Etienne.

Marseille, yang seperti Monaco dibimbing jurulatih baharu, Marcelo Bielsa, mendapati cabaran dalam Ligue 1 adalah sukar selepas pasukannya mensia-siakan pendahulua­n dua gol sebelum seri 3-3 di Bastia minggu lepas, mengalami kekalahan pertama di tempat sendiri apabila tewas 0-2 kepada Montpellie­r menerusi gol Anthony Mounier dan Morgan Sanson. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia