Utusan Borneo (Sarawak)

Kontinjen Paralimpia­d sedia buru kejuaraan buat kali ke-11 di Perlis bermula hari ini

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kontinjen Paralimpia­d Sarawak yakin mampu kekalkan kejuaraan buat kali kesebelas pada Kejohanan Paralimpia­d Malaysia Ke-17 Perlis 2014 yang bermula hari ini hingga 28 Ogos nanti.

Kontinjen Sarawak disertai seramai 124 orang atlet dan 41 orang pegawai, pengurus dan jurulatih akan bersaing merebut pingat dalam enam daripada sembilan acara yang dipertandi­ngkan.

Antaranya ialah olahraga, pingpong, powerlifti­ng, boling padang, renang dan badminton dengan rekod sebelum ini yang menyaksika­n penguasaan para atlet Sarawak.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah yakin atlet-atlet Sarawak mampu mengekalka­n prestasi cemerlang yang dicatatkan sejak 1994.

Katanya, berdasarka­n rekod sebelum ini Sarawak berjaya mengekalka­n kejuaraan selama10 kali berturut-turut dari tahun 1994 hingga 2012.

“Saya yakin dan percaya atas usaha gigih para atlet, pegawai, pengurus dan pelatih, rekod cemerlang Sarawak tidak akan

Saya yakin dan percaya atas usaha gigih para atlet, pegawai, pengurus dan pelatih, rekod cemerlang Sarawak tidak akan dapat dipecah oleh mana-mana kontinjen pada

” kejohanan ini. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga

dapat dipecah oleh mana-mana kontinjen pada kejohanan ini.

“Saya berharap semua atlet akan bersaing dengan semangat kesukanan yang tinggi untuk mengekalka­n kejuaraan buat kali ke-11 sebelum menjadi tuan rumah pada kejohanan 2016,” katanya pada majlis penyerahan bendera kontinjen Sarawak di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Neg- eri Sarawak Abdul Haris Ishak berkata rata-rata atlet yang mengambil bahagian pada kejohanan kali ini telah bersedia sepenuhnya untuk bertand- ing.

Malah, katanya, sebelum melangkah ke kejohanan yang bermula hari ini kontinjen Sarawak telah mengikuti lati- han intensif mulai 12 hingga 18 Ogos di Kompleks Belia dan Sukan Negeri sebagai persediaan terakhir.

“Kami yakin kontinjen Sarawak mampu mengekalka­n kejuaraan buat kali ke-11 seperti yang pernah dicatatkan pada kejohanan-kejohanan sebelumnya,” kata Haris.

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? SELAMAT BERJUANG: Fatimah (dua kanan) menyampaik­an bendera Negeri Sarawak kepada Ketua Kontinjen Atlet Paralimpia­d Perlis 2014 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri di Kuching semalam.
— Gambar Muhd Rais Sanusi SELAMAT BERJUANG: Fatimah (dua kanan) menyampaik­an bendera Negeri Sarawak kepada Ketua Kontinjen Atlet Paralimpia­d Perlis 2014 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia