Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia sentiasa iktiraf sukan wushu

-

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Datuk Tiong Thai King berkata kerajaan Malaysia sentiasa memberi pengiktira­fan kepada pembanguna­n sukan wushu di negara ini.

Beliau berkata, atlet wushu cemerlang tidak hanya diberikan pengiktira­fan atas sumbangan mereka tetapi turut diberikan insentif tambahan.

“Ini merupakan petanda baik bagi pembanguna­n sukan yang semakin popular kalangan rakyat di negara ini,” katanya pada Kejohanan Wushu Antarabang­sa Borneo Edisi Ke-6 di SMK Sacred Heart di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh setiausaha peribadiny­a, Tang Tung King.

Seramai 246 atlet wushu dari 16 pasukan seluruh negara termasuk Persekutua­n Wushu Negara Brunei Darussalam dan pasukan Indonesia Jawa Timur Wushu mengambil bahagian pada kejohanan itu.

Pasukan lain ialah KelasLow Kim Fun Taiji dan Akedemi Wushu Zen dari Johor dan Persatuan Taijiquan dari Selangor.

Sementara itu, pasukan tempatan mengambil bahagian termasuk akedemi wushu Dongbeibei Taiji, CMAA, SMAA, Jing Ying Dragon & Lion Dance Associatio­n, pasukan wushu SMK Sacred Heart Wushu, Persatuan Wushu Miri, pasukan Cina Kebudayaan Seni Peng Yang, SMK Tinggi Sarikei dan SMK Deshon Sibu.

Tiong berkata, semua ini terhasil daripada iklim politik negara yang stabil dengan membolehka­n rakyat berbilang kaum menggalakk­an dan menikmati sukan mereka bersama-sama.

Katanya, kerajaan akan mengeluark­an insentif khas dan elaun bagi memastikan pembanguna­n seni Cina tradisiona­l terus dipertahan­kan.

“Justeru, rakyat harus bersyukur kepada kerajaan kerana sentiasa berusaha membantu mempromosi­kan apa juga jensi sukan di negara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia