Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta tilawah al-Quran digesa tingkat mutu bacaan

-

PESERTA tilawah al-Quran Kampung Rampangi Fasa 1 dinasihatk­an berusaha meningkatk­an mutu pembacaan mereka supaya dapat pergi jauh dalam bidang berkenaan.

Berucap pada majlis penangguha­n tilawah al-Quran anjuran bersama Masjid Darus Salam Kampung Rampangi Fasa 1 dan ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kampung berkenaan, ADUN N4 Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata sementara masih muda banyak yang boleh mereka lakukan untuk meningkatk­an mutu bacaan mereka.

“Untuk meningkatk­an bacaan mereka belajar dengan usu atau ngah sekiranya mereka mahir atau mereka boleh belajar di bawah bimbingan guru al-Quran di tempat mereka,” ujarnya.

Mengenai tadarus pada bulan Ramadan, beliau berkata ia hendaklah juga disertai orang dewasa untuk membaiki mutu pembacaan mereka setiap kali diadakan.

Dr Abdul Rahman memuji usaha masjid dan PBB kampung berkenaan mengadakan tilawah itu yang dapat membantu meningkatk­an kemahiran dan mutu bacaan peserta berkenaan.

Mengenai aktiviti sepanjang Ramadan, pihaknya mengadakan 28 aktiviti di masjid dan surau di kawasan N4 Pantai Damai termasuk di Masjid Darus Salam.

Pengerusi jawatankua­sa tilawah berkenaan, Julaihi Piee turut mengucapka­n ribuan terima kasih kepada mereka yang membantu menjayakan tilawah al-Quran itu.

Turut hadir Naib Ketua PBB N4 Pantai Damai Khusairi Salleh, Pengerusi Bahagian Agama N4 Pantai Damai Maslee Drahman, Ketua Kaum Kampung Rampangi Fasa 1 Borhan Piee, Ketua Wanita Ranting PBB Kampung Rampangi Fasa 1 Saftuyah Junaidi, Pengerusi Surau Darul Istiqamah Shalsam Ibrahim, imam serta jemputan.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Dr Abdul Rahman dan isterinya Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (lapan kiri) dan Siti Shorgayah (enam kanan) merakamkan kenangan bersama ahli jawatankua­sa tilawah, peserta dan jemputan pada majlis tilawah al-Quran anjuran bersama Masjid Darus Salam Kampung Rampangi Fasa1 dan ranting PBB...
UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (lapan kiri) dan Siti Shorgayah (enam kanan) merakamkan kenangan bersama ahli jawatankua­sa tilawah, peserta dan jemputan pada majlis tilawah al-Quran anjuran bersama Masjid Darus Salam Kampung Rampangi Fasa1 dan ranting PBB...
 ??  ?? KEJAYAAN: Dr Abdul Rahman menyampaik­an hadiah kepada pemenang remaja lelaki.
KEJAYAAN: Dr Abdul Rahman menyampaik­an hadiah kepada pemenang remaja lelaki.
 ??  ?? TERIMALAH: Julaihi (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada ketua hakim tilawah al-Quran Ader Hashim.
TERIMALAH: Julaihi (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada ketua hakim tilawah al-Quran Ader Hashim.
 ??  ?? SEGAK: Mohamad Anchil yang berpakaian kemas menerima hadiah daripada Siti Shorgayah.
SEGAK: Mohamad Anchil yang berpakaian kemas menerima hadiah daripada Siti Shorgayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia