Utusan Borneo (Sarawak)

500,000 dijangka kunjungi Langkawi

-

KIRA- kira 500,000 pelawat dijangka mengunjung­i Program Limpahan Kasih Inspirasi Legenda Langkawi di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) selama empat hari mulai 12 Sept depan.

Pengerusi jawatankua­sa program itu Datuk Nawawi Ahmad berkata program itu dianjurkan sebagai mengenang jasa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangunk­an Langkawi sehingga menjadi destinasi pelanconga­n tumpuan dunia.

Nawawi yang juga Anggota Parlimen Langkawi berkata antara acara yang akan diadakan sempena program itu adalah Forum Pelaburan Antarabang­sa Langkawi 2014 (LIIF), Sambutan Hari Malaysia, pameran, pertanding­an sukan, ceramah perdana dan jamuan rakyat.

Dr Mahathir telah bersetuju untuk menjadi panel LIIF dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir akan turut serta pada program itu, katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa induk program itu di Langkawi, baru-baru ini.

Katanya gambar-gambar Dr Mahathir sepanjang beliau menjejakka­n kaki di Langkawi akan turut dipamerkan pada program itu.

Program itu diadakan untuk menarik pelabur dalam membangunk­an Pulau Langkawi sebagai destinasi pelanconga­n yang menarik di samping mengalakka­n penduduk Langkawi terbabit dengan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), kata Nawawi.

Program itu dianjurkan bersama oleh Pesona Pengurusan Merah Sdn Bhd, Koperasi Bahtera Langkawi dan Biro Ekonomi Umno Bahagian Langkawi dan disokong penuh oleh Kerajaan Negeri Kedah dan Lembaga Pembanguna­n Langkawi. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia