Utusan Borneo (Sarawak)

Periksa sendiri dengan enam langkah mudah

-

DR Khairiyah (gambar) memberitah­u, kanser mulut boleh dirawat jika dikesan di peringkat awal dan rawatannya termasukla­h pembedahan, kemoterapi serta radiasi dan sesetengah pesakit memerlukan kombinasi tiga rawatan.

Menurutnya, ada enam langkah mudah untuk memeriksa mulut sendiri iaitu pertama, berdiri di bawah cahaya terang dan tanggalkan gigi palsu jika ada.

Kemudian periksa muka dan leher untuk mengesan tanda bengkak, luka atau perubahan warna serta tekan bahagian leher untuk mengesan tanda sakit atau benjolan.

Langkah kedua ialah memeriksa bibir dengan teliti untuk mengesan sebarang perubahan warna, tekstur dan kelainan permukaan tisu.

Tarik bibir atas dan periksa untuk mengesan ulser atau perubahan warna dan ulangi langkah sama untuk bibir bawah.

“Langkah ketiga ialah dengan menarik pipi dan periksa bahagian dalam pipi secara menyeluruh.

Menggunaka­n jari telunjuk di bahagian dalam pipi dan ibu jari di luar pipi, picit perlahan-lahan untuk mengesan kelainan.

Ulangi langkah sama bagi pipi kiri.

Langkah keempat dongak dan membuka mulut dan memeriksa lelangit dengan memerhatik­an perubahan atau benjolan.

Langkah kelima letak hujung lidah di lelangit serta periksa lantai mulut dan bahagian bawah lidah.

Langkah terakhir, keluarkan lidah dan perhatikan perubahan warna dan tekstur.

“Periksa dan picit bahagian tepi kanan, tepi kiri dan hujung lidah untuk mengesan sebarang benjolan,” rumus beliau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia