Utusan Borneo (Sarawak)

Bercinta dengan dalam

-

SLOT Samarinda di TV3 memang dikenali dengan drama-drama hebatnya. Sejak 13 Ogos yang lepas, sebuah lagi siri terbaharu iaitu ‘Kristal Maya’ telah menemui peminat pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 10 malam.

Drama bersiri 15 episod ini menampilka­n gandingan pelakon popular tanah air seperti Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Rahim Jailani, Elly Mazlein, Ika Nabella, Dilla Ahmad, Zarina Zainuddin, Shaharuddi­n Thamby, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Amar Baharin, Hefny Saad dan Shakila Khoriri.

Maya (Amyra Rosli) lulus dalam sesi temuduga di syarikat penerbitan Kristal yang dijalankan oleh pengarah syarikat tersebut sendiri iaitu Dato’ Efendi (Rahim Jailani) dan dibantu oleh Mona (Elly Mazlein), adik ipar Dato’ Efendi selaku Ketua Bahagian Penerbitan ‘Kristal’

Maya telah diterima berkerja sebagai Penolong Pengarah Kreatif. Pada hari pertama berkerja di ‘Kristal’, Maya rasa tertekan kerana Ezam (Shahz Jaszle), Pengarah Kreatif Kristal ialah seorang yang dingin dan sangat tegas.

Maya tinggal bersama ibunya Aziah (Dilla Ahmad) dan adik lelakinya, Muadz (Ryzal Jaafar). Aziah ialah suri rumah sepenuh masa setelah kematian suaminya manakala Muadz masih menuntut di salah sebuah kolej swasta dan belajar di kolej yang sama dengan anak bongsu Dato’ Effendi, Shahrizan (Hefny Saad).

Syukri (Amar Baharin), anak lelaki sulung Dato’ Efendi telah jatuh cinta pandang pertama dengan Maya ketika bersua secara tidak sengaja dengannya di pejabat. Syukri yang terkenal dengan perangai kasanovany­a menggunaka­n kedudukann­ya selaku Penerbit Eksekutif Kristal untuk menggoda perempuan yang diminatiny­a.

Sementara itu, Dato Efendi cuba membantu Maya menyesuaik­an diri dengan persekitar­an di Kristal. Beliau juga memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Syukri yang suka mempermain­kan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi salah seorang koleksi teman wanita Syukri.

Maya tidak memandang serius amaran tersebut kerana dia berpendapa­t dirinya seorang yang sukar untuk jatuh cinta dan dia hanya mahu membina kerjayanya buat masa ini.

Maya dapat merasakan sesuatu yang luar biasa pada perwatakan Ezam yang pendiam dan diingin. Ezam sebenarnya cuba menjauhkan diri dari Maya kerana dia menyimpan satu rahsia tentang dirinya yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Apabila mereka berdua menjadi semakin rapat, Maya semakin ingin mengetahui kisah sebenar Ezam. Ezam pula mula ragu-ragu dengan perasaanny­a terhadap Maya di antara profesiona­lisme dan bibit-bibit cinta di dalam hatinya.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Saksikan KRISTAL MAYA pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 10.00 malam di TV3. Untuk mendapatka­n maklumat dan perkembang­an terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysi­a.

Selain itu, penonton yang terlepas menyaksika­n program ini boleh menontonny­a melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

 ??  ?? TERBARU: Barisan pelakon ‘Kristal Maya’ (dari kiri) Amar Baharin, Ryzal Jaafar, Amyra Rosli, Ika Nabella, Shahz Jaszle dan Hefny Saad.
TERBARU: Barisan pelakon ‘Kristal Maya’ (dari kiri) Amar Baharin, Ryzal Jaafar, Amyra Rosli, Ika Nabella, Shahz Jaszle dan Hefny Saad.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia