Utusan Borneo (Sarawak)

Filem klasik ‘Kisah Seorang Biduan’

-

LAGU malar segar ‘Kisah Seorang Biduan’ nyanyian Dahlan Zainuddin begitu popular di kalangan pendengar sekitar tahun 70-an. Nyata sehingga kini lagu tersebut masih menjadi siulan ramai.

Namun mungkin juga ada yang tidak tahu atau pun perasan yang lagu popular ini dengan plot kisah yang sama dengan lirik lagu tersebut.

Turut menampilka­n Dahlan Zainuddin sebagai pelakon utama di samping Gaya Zakry, Rosnah Abdul Rahman, Bob Mustafa, Dian P. Ramlee, Yusof Latiff, Datuk Ahmad Mahmood dan Jeffry merupakan satu-satunya Dahlan Zainuddin dalam industri seni.

Mengisi slot Pilihan Jumaat di TV2 pada 22 Ogos depan, jam 2.00 petang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setia salurannya berkongsi kisah perjalanan Dahlan yang kemudianny­a digelar Superstar kerana melonjak naik selepas

‘Kisah Seorang Biduan’ Melayu yang diterbitka­n di Malaysia pada tahun 1979 dan dikeluarka­n di dalam M. Amin telah bertindak sebagai pengarah manakala Deddy M. Borhan bertindak sebagai penerbit.

Ia mengisahka­n watak pemuda bernama Dell, seorang penyanyi kecewa kerana kekasihnya berkahwin dengan orang lain. Dia kemudianny­a membawa diri ke Kuala Lumpur dan mahu mengubah nasib hidupnya di ibu kota.

Meskipun terpaksa berdepan dengan dugaan yang mencabar hidup sebagai perantau, namun dia nekad mempertaru­hkan nasibnya sebagai seorang penyanyi. Dengan sebuah gitar tua dia menghadapi berbagai rintangan tetapi akhirnya berjaya menjadi seorang penyanyi.

Di saat kejayaanny­a, bekas kekasihnya muncul kembali. Dia serba salah walaupun cita-citanya berjaya tetapi hatinya masih kecewa.

Usah ketinggala­n mengimbas kembali perjalanan kisah menarik yang sarat dengan motivasi bagaimana dengan kesungguha­n yang jitu seseorang itu boleh berjaya hingga hari ini hanya di TV2.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia