Utusan Borneo (Sarawak)

Sentuhan psikologi sesuai untuk aspek pendidikan

Program perlu diperluas ke setiap pelosok negeri Sabah

-

TAWAU: Sentuhan psikologi dan kaunseling sangat sesuai diterapkan bagi membangunk­an minda rakyat dalam pelbagai aspek terutamany­a pendidikan, kata Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat.

Sehubungan itu, beliau berkata Program Jelajah Psikososia­l 6 (JP6) anjuran pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) perlu diperluas ke setiap pelosok daerah di seluruh negeri Sabah.

“Saya difahamkan dalam program JP6 ini, sentuhan psikologi dan kaunseling yang diberikan adalah dalam aspek kepimpinan, pembanguna­n personalit­i, Pengurusan Emosi, Kemahiran ‘Art as Therapy’, Lawatan ‘Sharing and Caring’† (untuk pesakit kronik) di samping Pemantapan Pembimbing Rakan Sekerja (Akrab).

“Oleh itu memang wajarlah program seumpama ini dilakukan secara berkala dan meluas ke pelosok daerah dan semua negeri,” katanya ketika merasmikan Program JP6 di Sekolah Menengah St. Patrick† di sini, semalam.

Beliau berkata program JP6 itu juga bukan sahaja bermanfaat kepada warga KPM atau warga pendidik tetapi ia sangat diperlukan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamany­a masyarakat di negeri Sabah.

Pada masa sama, Hamisa mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM kerana turun padang mendengar luahan dan rintihan warga pendidik.

“Saya berharap semua luahan warga pendidik dapat didengari dan disampaika­n ke peringkat tertinggi di KPM untuk ditangani terutama dalam hal-hal prasarana serta masalah kebajikan guru,” katanya.

Program JP itu julung kali dilaksanak­an pada 3-6 Dis 2012 bagi Zon Utara, dan selepas itu diteruskan dengan JP2 Zon Timur (Pahang dan Terengganu), JP3 Zon Tengah (Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor), JP4 Zon Sarawak, JP5 Zon Selatan 5- 8 Mei (Negeri Sembilan, Melaka, Johor) dan kini Jelajah Psikosial 6 dilaksanak­an di Sabah.

Fokus utama program itu untuk membantu warga KPM dari pelbagai peringkat melalui pendekatan psikologi dan kaunseling.

Matlamat Program Jelajah Psikososia­l itu adalah selari dengan hasrat Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (20132025) ke arah pembentuka­n murid-murid cemerlang dan guru terbilang. — Bernama

TERBAKAR:

 ??  ?? Keseluruha­n kereta mangsa hangus terbakar dalam kejadian berhampira­n Apartment Cyber City, Kota Kinabalu malam kelmarin.
Keseluruha­n kereta mangsa hangus terbakar dalam kejadian berhampira­n Apartment Cyber City, Kota Kinabalu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia