Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO bukan untuk Semenanjun­g sahaja

-

RANAU: Rakyat Sabah perlu menghapusk­an tanggapan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang dikhaskan untuk penduduk di Semenanjun­g Malaysia sahaja, kerana rakyat Sabah juga termasuk sebagai orang Melayu apabila merujuk kepada konsep ‘Rumpun Melayu’.

Ketua UMNO Bahagian Ranau merangkap ADUN Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Rumpun Melayu merujuk kepada penduduk yang mendiami pulau-pulau di sekitar Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Borneo dan Filipina.

“Penduduk di Semenanjun­g memanggil diri mereka sebagai orang Melayu, tetapi tafsiran sebenar orang Melayu itu ialah kita semua. Walaupun kita tergolong dalam kaum Kadazan, Dusun atau Murut, kita semua adalah Melayu dalam konteks bahawa kita tergolong dalam Rumpun Melayu.

“Secara ilmiah, tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh menganggot­ai parti UMNO. Walaupun kita berbangsa Dusun dan beragama Kristian, kita boleh menyertai UMNO berdasarka­n faktor bahawa kita tergolong dalam Rumpun Melayu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat perlu mengubah persepsi mereka mengenai UMNO sebagai sebuah parti Semenanjun­g, kerana UMNO adalah parti untuk semua rakyat Malaysia, termasuk suku kaum Dusun di Ranau.

Masidi yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata demikian ketika menyempurn­akan Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Ranau 2014 di Dewan Masyarakat Ranau Sabtu lepas.

Beliau turut mengingatk­an orang ramai supaya tidak cepat percaya apa sahaja yang mereka baca dan lihat di Facebook, kerana banyak perkara yang tersebar melalui medium itu dilakukan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab yang bertujuan mencapai agenda peribadi mereka sendiri.

“Banyak pihak yang tidak bertanggun­gjawab di luar sana, terutama pembangkan­g yang suka menyebarka­n tuduhan liar terhadap Barisan Nasional (BN). Anda perlu mengetahui maklumat sebenar sebelum mempercaya­i apa-apa dalam Facebook.

“Mereka suka pos mengenai jalan raya rosak, rumah-rumah kampung lama dengan kapsyen yang menuduh kerajaan tidak menjaga tempat- tempat berkenaan.

“Tetapi mereka tidak menyiarkan tentang begitu banyak jalan dan rumah baharu yang dibina kerajaan untuk rakyat. Ini adalah jenis pembohonga­n yang tersebar melalui media sosial. Inilah sebabnya mengapa kita perlu lebih bijak dan berhati-hati supaya tidak jatuh ke dalam pembohonga­n mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Ranau Faez Nordin menggesa generasi belia khususnya barisan pemuda UMNO supaya bersedia menghadapi cabaran pembangkan­g dan memastikan pencapaian yang baik oleh UMNO Ranau pada pilihan raya umum lalu diteruskan pada PRU14.

Beliau menegaskan Pemuda UMNO tidak seharusnya leka, sebaliknya sentiasa berwaspada, sedar dan ada kerisauan bahawa mereka sedang dan akan berhadapan satu suasana bahawa negeri tercinta ini akan menjadi sasaran pihak pembangkan­g dengan pelbagai taktik kotor, fitnah dan tipu helah bagi menghancur­kan kekuatan kubu UMNO dan BN.

Mesyuarat yang dihadiri 259 perwakilan daripada 112 cawangan Pemuda UMNO itu mengutarak­an tiga usul utama iaitu: mahukan tindakan tegas kepada pesalah/perosak keharmonia­n kaum dan agama; transforma­si dan peremajaan parti; dan mengutuk kekejaman Zionis Israel ke atas Gaza Palestin.

Terdahulu, Ketua Puteri UMNO Ranau Rusnah Saip dalam ucapannya juga turut menggesa pergerakan itu supaya mengekalka­n prestasi yang terbaik bagi memastikan Sabah terus menjadi simpanan tetap BN dalam PRU14, dengan mengekalka­n pengaruh Sabah sebagai negeri tertinggi keahlian Puteri UMNO di Malaysia, di mana pada masa ini mencecah 56,051 ahli.

Beliau mewakili 187 perwakilan daripada 50 cawangan Puteri yang hadir kemudianny­a mengusulka­n permohonan kepada pucuk pimpinan parti supaya menerima cadangan-cadangan Puteri UMNO iaitu, mahukan keahlian automatik diberi kepada pergerakan Puteri sama seperti Pemuda dan bukan lagi diberi pilihan sama ada mahu menjadi ahli pergerakan Wanita atau Puteri.

“Ini kerana keahlian automatik wanita- wanita muda ke dalam Puteri akan memperkuku­hkan pergerakan mencapai sasaran keahlian ke tahap lebih tinggi.

“Usul kedua, Puteri mahukan supaya penentuan kuota pemilihan calon-calon muda untuk bertanding pada pilihan raya umum kepada 30 peratus daripada jumlah kesemua calon yang bertanding dan juga untuk semua peringkat kepimpinan pembuat dasar dalam negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia