Utusan Borneo (Sarawak)

Perbicaraa­n kes 30 individu bersambung semalam

-

KOTA KINABALU: Perbicaraa­n terhadap 30 individu yang menghadapi pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan penceroboh­an di Lahad Datu tahun lepas, bersambung semalam selepas hampir dua bulan ditangguhk­an.

Saksi pihak pendakwa ke32, pegawai penyiasat Inspektor Jamirin Kintai meneruskan keterangan mengenal pasti item yang diserahkan kepadanya oleh pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) ASP Mursalim Mohd Salleh, yang merampas item itu berikutan pertempura­n di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, pada 8 Mac tahun lepas.

Antara barangan yang dikenal pasti oleh beliau ialah beberapa kemeja-T putih dan sehelai kemeja-T berwarna kuning, dua pisau dan sarung parang diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC) yang terlekat di tali pinggang hitam sepanjang 96sm.

Memandangk­an sarung parang itu dikemukaka­n di mahkamah buat kali pertama, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memohon kepada mahkamah agar sarung parang itu ditanda sebagai eksibit dan bukan bahan bukti.

Ini kerana, beliau berkata ia tidak disahkan oleh Mursalim sebagai satu daripada barang yang beliau rampas ketika beliau memberi keterangan.

Tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicaraka­n kerana pelbagai tuduhan termasuk menganggot­ai kumpulan pengganas atau melancarka­n perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk sebuah kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April tahun lepas.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia