Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital swasta diminta menjadi Hospital Rakan Bayi

Sediakan infrastruk­tur untuk jayakan program penyusuan ibu

-

KOTA BAHARU: Hospital swasta di negara ini diminta melibatkan diri sebagai Hospital Rakan Bayi dengan menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur sewajarnya demi menjayakan program penyusuan ibu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata setakat ini hanya 13 daripada 175 hospital swasta diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi berbanding kesemua 127 hospital kerajaan yang telah mendapat pengiktira­fan tersebut.

“Menyediaka­n persekitar­an dan anggota yang terlatih dapat membantu ibu memulakan penyusuan susu ibu kepada bayi mereka sebaik selepas kelahiran sehingga bayi tersebut berusia enam bulan,” kata Subramania­m.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2014 Peringkat Kebangsaan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, semalam.

Menteri itu berkata selain kemudahan infrastruk­tur, hospital berkenaan juga perlu melaksanak­an kempen penyusuan susu ibu agar ibu tidak memilih susu lain dalam tempoh bayi dilahirkan sehingga berusia enam bulan.

“Sebanyak 95 peratus ibu di Malaysia pada awal kelahiran menyusukan bayi mereka dengan susu ibu.

“Namun, hanya 16 peratus yang kekal menyusukan bayi mereka sehingga berusia enam bulan,” katanya.

Subramania­m berkata susu ibu bukan sahaja makanan terbaik untuk bayi tetapi juga ia dapat melindungi bayi daripada risiko kegemukan dan penyakit tidak berjangkit.

Sementara itu, beliau meminta sektor swasta mengikut langkah sektor awam menyediaka­n pelbagai kemudahan kepada pekerja mereka untuk menyusukan bayi pada waktu bekerja seperti menyediaka­n pusat jagaan bayi di tempat kerja.

“Kerajaanju­gamenggala­kkan penyediaan kemudahan kawasan mesra bayi di tempat awam termasuk di pusat membelibel­ah untuk kemudahan ibu menyusukan bayi mereka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENINJAU: S. Subramania­m (tengah) melawat ke Taman Desa Kemumin II, Pangkalan Chepa di Kota Baharu, semalam. Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Datuk Ahmad Mahir (kiri).
— Gambar Bernama MENINJAU: S. Subramania­m (tengah) melawat ke Taman Desa Kemumin II, Pangkalan Chepa di Kota Baharu, semalam. Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Datuk Ahmad Mahir (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia