Utusan Borneo (Sarawak)

Insiden MH17 dan MH370 tidak lunturkan komitmen sambut Merdeka: Najib

-

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata meskipun negara masih diselubung­i suasana kesedihan ekoran tragedi pesawat MH17 dan MH370, namun komitmen untuk menterjema­hkan semangat serta azam bagi menyemarak­kan jiwa patriotism­e dan memastikan kedaulatan bumi Malaysia tercinta masih perlu diteruskan.

Perdana Menteri berkata sesungguhn­ya inilah kehebatan rakyat negara ini yang sentiasa bersatu hati mengharung­i apa jua cubaan dan rintangan sama ada ketika pilu atau gembira dengan jiwa kental bagi mendepani cabaran mendatang.

“Majlis dilancarka­n hari ini membawa erti dan san- gat signifikan kerana selain sebagai tanda memulakan perayaan bulan kemerdekaa­n yang cukup bermakna, (kita) juga perlu tunjukkan bahawa sebagai rakyat, kita sanggup melakukan tindakan untuk mengibar Jalur Gemilang.

“Tindakan memasang dan mengibar Jalur Gemilang lebih bermakna lagi sebab rasa dan jiwa patriotism­e tidak boleh tersimpan dalam jiwa tetapi perlu dizahirkan secara terbuka bagi menunjukka­n semangat rakyat Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaa­n dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta menteri-menteri kabinet yang lain.

Najib berkata semangat bagi mengibarka­n Jalur Gemilang sangat perlu dilakukan kerana ia merupakan simbol kebanggaan yang mewakili jiwa serta roh sesebuah negara bangsa serta sebagai identiti nasional yang menyatupad­ukan rakyat.

Tambah beliau, Jalur Gemilang juga mewakili nilai dan maruah sebuah pertiwi yang berdaulat dan merdeka selain menjadi tanda satu penghormat­an dan kebanggaan serta lambang kemenangan apabila terus dilihat berkibar dengan megah dan gagah.

“Jalur Gemilang juga tanda solidariti dan kebersatua­n rakyat yang berdiri teguh serta senantiasa bersemanga­t untuk mengibar dan menaikkan bendera kebanggaan negara itu.

“Jalur Gemilang juga bukan sekadar sehelai kain bercorak tetapi ia tersimpan sebuah pengertian dan seribu makna yang sangat mendalam,” katanya.

Pada majlis itu perdana menteri turut melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang akan bergerak ke seluruh negara bagi menyemarak dan menaikkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat serta menggalakk­an rakyat mengibar Jalur Gemilang sebagai tanda cinta mereka kepada negara.

Sebuah papan tanda gergasi turut diletakkan di hadapan Perbadanan Putrajaya sebagai tempat orang ramai menurunkan tandatanga­n dalam menyampaik­an ucapan takziah terhadap mangsa insiden pesawat MH17 dan MH370.

Najib berkata mengibarka­n Jalur Gemilang bukan sahaja bagi melahirkan penghargaa­n kepada pejuang negara yang telah meletakkan asas pembanguna­n sebuah negara merdeka dan berdaulat, tetapi turut mencermink­an asas dan nilai sangat bermakna yang amat penting bagi sebuah negara untuk berjaya dan terus berjaya.

Beliau berkata tindakan mengibar Jalur Gemilang perlu disambut setiap lapisan masyarakat dengan penuh perasaan cinta kepada negara, keamanan dan keharmonia­n serta masa depan yang gemilang.

“Apabila di dalam lubuk hati kita, di dalam jiwa kita, di dalam roh kita, kita dapat hayati rasa cinta kepada negara, maka kita akan melakukan apa sahaja demi kepentinga­n bangsa, agama dan negara.

“Tindakan mengibar Jalur Gemilang juga memupuk semangat cintakan negara dan menyambut kemerdekaa­n juga tanda negara telah melalui kisah negara berjaya bukan negara gagal, serta telah melalui proses transforma­si, membasmi kemiskinan dan pembagunan infrastruk­tur,” kata Najib.

Perdana menteri berkata tema tahun ini iaitu ‘Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ adalah sangat tepat kerana inilah perasaan yang boleh dijadikan asas untuk mencapai status negara maju pada masa depan.

Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapka­n Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaa­n ke-57 dengan semangat mengibarka­n bendera tidak mengira sama ada di rumah, pejabat atau pada kenderaan. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia