Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan bekas polis rayu dana untuk bangunan baharu

-

KLUANG: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) merayu pelbagai pihak menyalurka­n dana bagi membantu menyelesai­kan bayaran tertunggak bagi pembelian bangunan baharu persatuan berkenaan.

Pengerusi Biro Pembanguna­n PBPM Datuk Mohd Shah Ithnin berkata pihaknya memerlukan kira-kira RM1.6 juta bagi melunaskan baki pembayaran bangunan di Setapak, Kuala Lumpur.

“Bangunan tiga tingkat berkenaan berharga RM2.6 juta, namun, kita sudah membuat pembayaran sebanyak RM1 juta kepada pemaju yang terlibat menerusi pe- runtukan yang disalurkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Mohd Shah yang juga Pengerusi PBPM Johor berkata pihaknya diberikan masa empat bulan untuk menyelesai­kan bayaran itu dan usaha untuk mencari dana tersebut sedang dijalankan.

Beliau berkata sehubungan itu pihaknya berharap institusi kerajaan dan mana-mana pihak yang bertanggun­gjawab supaya tampil menyalurka­n dana terbabit.

Katanya PBPM sebelum ini ada menghubung­i beberapa pihak termasuk kerajaan negeri, namun belum mendapat sebarang maklum balas mengenainy­a.

“Kita ada menganjurk­an majlis amal bagi mengutip dana tetapi ia juga masih tidak mencukupi,” katanya.

Menurut Mohd Shah bangunan baharu itu amat diperlukan oleh PBPM untuk melakukan pelbagai aktiviti khasnya untuk menjaga kebajikan kira-kira 160,000 anggotanya di seluruh negara.

Katanya PBPM kini beroperasi di bangunan di Jalan Pangkor, Off Jalan Tun Razak, yang disewa sejak 40 tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia