Utusan Borneo (Sarawak)

Popular BDC dibuka rasmi 5 September ini

-

KUCHING: Rangkaian menjual buku, Popular Book Co (M) Sdn Bhd (Popular) cawangan Kompleks BDC akan mengadakan pembukaan rasmi pada 5 September ini.

Bersempena dengan perasmian itu, Eksekutif Acara dan Promosi Popular Kally Teo berkata, pihaknya telah menyediaka­n rebat 50 peratus, baucar beli-belah pecuma, hadiah misteri dan PWP bagi para ahli dan pelanggann­ya.

“Popular di BDC dibuka sejak Ogos 2008, ditutup sementara selama enam bulan untuk kerja penambahba­ikan dengan keluasan yang sama iaitu 6,900 kaki persegi. Kita menggunaka­n konsep ruang luas bagi keselesaan pengunjung.

“Kini kita telah menyeragam­kan kendalian kaunter dengan perkhidmat­an membuat pesanan buku yang tidak terdapat di premis selain ruangan yang turut menjual alatan tulis dan alat multimedia pada harga yang berpatutan,” katanya kepada pemberita semalam.

Kata Kally, pelanggan yang membuat belian RM80 (untuk ahli) dan RM100 (bukan ahli) layak menerima baucar RM8 dan pelanggan yang berkunjung dan membuat belian pada hari Ahad layak menyerti ‘Special Sunday’ selain sesi Hadiah Misteri dengan RM30 (ahli), RM50 (bukan ahli).

Pihak Popular menyediaka­n hadiah kepada semua mereka yang menyertai Special Sunday bergantung kepada terma dan syarat.

“Popular BDC juga telah mencatatka­n kenaikan keuntungan sebanyak 150 peratus jualan sehingga 15 Ogos berbanding tempoh yang sama tahun lepas sejak dibuka baru-baru ini.

“Jumlah keahlian turut bertambah kepada 60 peratus di Popular BDC yang menunjukka­n pertumbuha­n sihat dan ia diterima pakai di 139 premis Popular dan Harris Bookstore di Malaysia, Singapura dan Hong Kong,” tambahnya lagi.

Waktu beroperasi Popular BDC adalah dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam (IsninKhami­s) dan jam 9.30 pagi sehingga 10 malam (hujung minggu dan cuti umum).

Lebih 10 rangkain Popular terdapat di seluruh Malaysia Timur yang terletak di Kuching, Bintulu, Miri, Sibu dan Kota Kinabalu.

 ??  ?? DISKAUN: Popular BDC mempelawa orang ramai untuk datang dan membeli-belah buku kegemaran di premis mereka.
DISKAUN: Popular BDC mempelawa orang ramai untuk datang dan membeli-belah buku kegemaran di premis mereka.
 ??  ?? Jualan buku edisi promosi yang terhad di Popular BDC.
Jualan buku edisi promosi yang terhad di Popular BDC.
 ??  ?? DITAMBAH BAIK: Pemandanga­n depan premis Popular BDC di tingkat dua Kompleks
DITAMBAH BAIK: Pemandanga­n depan premis Popular BDC di tingkat dua Kompleks

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia