Utusan Borneo (Sarawak)

Pizza Hut tampilkan ‘Piza Pan’ yang dipertingk­atkan

Dijamin memuaskan selera pelanggan di seluruh negara

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pizza Hut Malaysia komited dan berikrar menyajikan ‘Piza Pan’ baharu yang dipertingk­atkan serta dijamin memuaskan selera pelanggan setianya di seluruh negara.

Kini Pizza Hut akan menyediaka­n Piza Pan secara segar dengan menggunaka­n ramuan serta bahan-bahan terbaik dan berkualiti bagi menghasilk­an piza enak serta lazat.

Justeru syarikat itu memperbaha­rui komitmenny­a menjadikan piza keluaranny­a lebih menyelerak­an, dengan menitikber­atkan kerak yang lebih segar, menyempurn­akan gabungan bahan-bahan segar seperti tomato, herba, rempah ratus dan minyak zaitun bagi menghasilk­an sos piza yang lebih bermutu, ‘ topping’ lebih bervariasi, segar serta sihat dalam satu hidangan.

Pelanggan kini boleh memilih daripada 16 jenis topping termasuk ‘ super supreme’ yang begitu popular. Tiga jenis piza baharu turut diperkenal­kan dalam menu baharu ini iaitu ‘Meat Lover’s Pesto’, ‘Pesto Chicken’ dan ‘BBQ Chicken’.

Selain Piza Pan baharu yang ditambah kelazatann­ya, Pizza Hut juga memperkena­lkan 18 jenis menu baharu merangkumi pelbagai jenis pembuka selera, pasta, hidangan nasi, minuman juga pencuci mulut.

Selaras dengan promosi baharu ini, peraduan diadakan pada 12 Ogos 2014 hingga 10 September 2014, menawarkan hadiah menarik seperti wang tunai RM1,000 dan hadiah utama berupa wang tunai RM10,000.

Pelanggan boleh mengambil bahagian dengan melakukan pembelian minimum sebanyak RM30 (dalam satu resit) yang termasuk Piza Pan. Peserta dikehendak­i menghantar penyertaan mereka melalui WhatsApp atau pos biasa.

 ??  ?? LEBIH ENAK: Petugas Pizza Hut tHe Spring menunjukka­n menu baharu ‘Piza Pan’ yang kini boleh didapati di semua premis Pizza Hut di seluruh negara.
LEBIH ENAK: Petugas Pizza Hut tHe Spring menunjukka­n menu baharu ‘Piza Pan’ yang kini boleh didapati di semua premis Pizza Hut di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia