Utusan Borneo (Sarawak)

Pemasaran online pendekatan terbaik untuk usahawan wanita

-

KUCHING: Pemasaran secara atas talian dilihat sebagai pendekatan terbaik bagi usahawan wanita untuk mengembang­kan perniagaan ke peringkat antarabang­sa.

Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Datuk Dr Norraesah Mohamad berkata, perniagaan atas talian menawarkan landskap dinamik kepada ahli perniagaan dengan kos operasi lebih murah.

“Pada masa ini kebanyakan perniagaan menggunaka­n pemasaran secara atas talian dan saya merasakan ini merupakan pendekatan yang bijak,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Bengkel Pemasaran Atas Talian WIEF Wilayah Ke-4.

Menurutnya, perkara penting yang juga perlu diberi perhatian adalah menetapkan sasaran pasaran untuk memastikan perniagaan kekal pada tahap tertinggi.

“Pengetahua­n dan dedikasi yang tinggi penting untuk memastikan perniagaan terus maju.

“Saya merasakan sudah tiba masanya untuk usahawan wanita menumpukan kepada perniagaan secara atas talian,” ujarnya.

Selain itu Norraesah menjelaska­n, perniagaan secara atas talian sebenarnya mampu mentransfo­rmasi sesuatu perniagaan bagi menjana pendapatan lebih tinggi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Wanita Datuk Munirah Abdullah Bajanuddin berkata, perniagaan atas talian dapat mengurangk­an kos operasi dan menjana pendapatan.

Di seluruh dunia tambahnya, semua orang boleh mengetahui perniagaan yang dijalankan secara atas talian.

“Dengan mewujudkan laman web sendiri, saya percaya wanita boleh merangka perniagaan daripada hanya bergantung kepada outlet sahaja.

“Ini merupakan kunci utama untuk meneruskan survival dalam perniagaan,” jelasnya.

Bengkel lima hari itu disertai 30 usahawan wanita yang juga didedahkan dengan kandungan sistem pengurusan, Google Place dan penggunaan media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia