Utusan Borneo (Sarawak)

Saham perladanga­n turun ekoran langkah Indonesia mengenai pemilikan asing

-

KUALA LUMPUR: Kebanyakan saham perladanga­n di Bursa Malaysia diniagakan lebih rendah semalam ekoran berita bahawa penggubal undangunda­ng Indonesia sedang mengkaji untuk mengehadka­n pemilikan asing ke atas ladang-ladang kepada tidak lebih daripada 30 peratus daripada maksimum 95 peratus sekarang.

Syarikat-syarikat Malaysia yang memiliki ladang di Indonesia mungkin mengalami kerugian terbesar jika rancangan kerajaan untuk mengehadka­n pemilikan asing itu menjadi kenyataan.

RHB Research berkata cadangan itu akan mem- beri kesan besar ke atas syarikat Malaysia seperti Sime Darby Bhd, Kuala Lumpur Kepong Bhd dan TSH Resources Bhd, yang memperoleh sumbangan pendapatan yang besar menerusi operasi mereka di Indonesia.

Pada jam 4.03 petang, Indeks Perladanga­n turun 71.96 masa kepada 8,797.34 mata.

Sime Darby Bhd susut 20 sen kepada RM9.51, Kuala Lumpur Kepong Bhd turun 20 sen kepada RM23.10 dan TSH Resources merosot tujuh sen kepada RM3.48.

Sementara itu, Maybank Investment Bank Bhd berkata cadangan itu bukan sahaja akan menjejaska­n syarikat senaraian awam Singapura dan Malaysia yang memiliki ladang di Indonesia, malah juga syarikat senaraian awam Indonesia yang kini sebahagian besarnya dimiliki rakyat asing.

Memandangk­an skala penjualan ekuiti yang mungkin berlaku, Maybank Investment Bank berkata langkah itu akan memberi kesan yang besar ke atas sektor itu melalui penurunan penarafan nilaian, kerana bakal-bakal pembeli Indonesia mempunyai kuasa tawar-menawar sekali gus mencetuska­n tekanan jualan besar-besaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia